CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Susah Sangat Ke Nak Bagi Ubat Di Farmasi?

17-6-2021 09:57 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4196| Komen: 17

Apabila perlu mennggu lama sedikit untuk mendapatkan ubat di farmasi klinik atau hospital, kebanyakkan orang suka merungut dan marah-marah. 

Tahukah anda apa sebenarnya yang berlaku di belakang kaunter farmasi tersebut?


Kredit foto: Portal Rasmi HOSHAS

Ahli farmasi Nazariah Khairiyyah baru-baru ini membuat satu bebenang di Twitter yang sedikit sebanyak membuka mata ramai. 

Banyak perkara perlu diteliti dan difailkan sebelum ubat diberikan kepada pesakit untuk mengelakkan “Potential Medication Error”, situasi di mana pesakit menerima ubat yang salah.

Semestinya itu adalah perkara yang perlu dielakkan kerana boleh mendatangkan bermacam-macam jenis bahaya. 

Banyak kejadian ngeri boleh berlaku jika ini terjadi. Silap-silap, nyawa orang pun boleh melayang jika tersalah ubat.



Proses pertama di kaunter farmasi adalah “Screening Phase”. Di sini ahli farmasi akan bertanyakan nama dan ada juga yang akan bertanyakan beberapa data peribadi yang lain seperti tarikh lahir. 

Proses ini adalah perlu kerana tidak mahu identiti pesakit tertukar dan pastinya pihak perubatan tidak boleh memberikan ubat kepada mereka yang menyalahgunakan identiti. 

Walaupun jelas sudah tertulis nama di surat perubatan daripada doktor namun, proses ini dianggap perlu sebagai langkah berjaga-jaga.



Proses kedua adalah “Filling and Transcribing”. Kata Nazariah, di sinilah waktu paling penting kerana mereka perlu merekodkan segala data yang diterima dan masa yang mereka ada cuma kurang daripada 30 minit. 

Hal ini adalah kerana jika masa melebihi, pasti akan ada yang merungut dan berkata ahli farmasi lambat membuat kerja sedangkan apa yang terjadi tidaklah begitu.

Tentunya nak mengisi data memerlukan sedikit masa kerana kerja ini perlu dilakukan dengan sangat teliti. Beberapa masalah selalu terjadi di peringkat ini adalah pemberian dos dan frekuensi ubat yang salah kepada pesakit. 

Sesetengah ubat pula perlukan cop daripada doktor pakar dan ini akan mengambil masa untuk diproses. Malah, ada banyak perkara perlu diambil kira sebelum ubat boleh diberikan contohnya kesesuaian sesuatu ubat buat diri individu.




Proses yang yang terakhir adalah “Dispensing Phase” iaitu ubat diberikan kepada pesakit. Namun, ia tidak boleh diberikan begitu sahaja. Di sini sekali lagi ahli farmasi akan bertanyakan nama pesakit. Kemudian, mereka akan menjelaskan satu persatu tentang pengambilan ubat dan kesam sampingan ubat tersebut. Bagi yang sudah biasa mengambil ubat, mereka mungkin bosan mendengar ia diulang berkali-kali namun proses ini perlu kerana dos atau jenama ubat yang diberikan mungkin berbeza dengan yang pernah diambil jadi pesakit perlu tahu perincian ubat tersebut.

Nazariah menerusi postingnya sempat menasihatkan orang ramai supaya tidak bertindak biadap sepanjang proses ini dijalankan. Dia tahu perasaan orang yang sedang sakit lagi-lagi bila perlu menunggu lama pastinya tak selesa. 


Kredit foto: Twitter

Namun, proses yang dilakukan adalah perlu bagi mengelakkan sebarang masalah berlaku di masa hadapan. Selain itu, dia ada juga berpesan supaya tidak membuang ubat-ubatan sekiranya tarikh belum luput. Sayang jika ianya dibuang kerana ianya bukan murah dan tidak mudah untuk mendapatkan ubat.


Sumber: KoolFM

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote azimodin 17-6-2021 10:10 AM
Ye, mmg macam2 soalah kat kaunter ambik ubat ni especially kalau ambik ubat antidepressants & ubat tidur. Kena sebut nombor ic & nama penuh, pharmacist tu siap suruh terangkan balik dos & bila kena makan ubat. Layan je la.
Quote Tinot7 17-6-2021 10:39 AM
Doa2 jahh supaya tak sakit..
Quote bulan_gerhana 17-6-2021 10:41 AM
ni kalau famasi kat spital.. yg iols paling mencik kalau farmasi private.. kita cari ubat lain.. dia pi promote ubat lain... yg paling mencik.. dia akan propose ubat yang paling mahai... iols selalu mintak yg 3 ranking.. iols akan mintak varieties.. lepas tu dia pi pandang kita atas bawah..mcm kita xdak duit..

ade 1 hari tu iols dah dpt prescription dari doc.. sbb kat klinik tu dah abis stock..  siap tulis ape brand and nama saintificnye.. dia pi bagi ubat yg substitute  lain pack besar skali... iols nak bentuk satchet koz anak iols ni memilih tang rasa dia.. kang beli byk2 mahai2.. x mo makan pulak... end up baru dia give up... bagi ape yg iols nak
Quote mijot 17-6-2021 01:57 PM
ikut jer lah...
Quote nakkomenjugak 17-6-2021 02:11 PM
Ikut je... kang overdose ke apa keee haaa meroyan salahkan farmasi.
Quote sparkly 17-6-2021 02:51 PM
ok je so far Alhamdulillah
Quote kakigojes 17-6-2021 03:54 PM
bulan_gerhana replied at 17-6-2021 10:41 AM
ni kalau famasi kat spital.. yg iols paling mencik kalau farmasi private.. kita cari ubat lain.. dia ...

Itula kan, setuju sangat. Kita dah tau nak ubat apa bagi je la. Usually kalau diaorg dah start nak upsell/promote macam2, aku akan cakap, you kasi free, I try. Cenggitu
Quote TomyamPuteh 17-6-2021 04:49 PM
Btul la tu. Ubat ubatan ni main dgn nyawa kot.
Quote bulan_gerhana 17-6-2021 09:39 PM
kakigojes replied at 17-6-2021 03:54 PM
Itula kan, setuju sangat. Kita dah tau nak ubat apa bagi je la. Usually kalau diaorg dah start nak ...

Iols suker giller tip uols... Akan dipergunakan dimasa akan dtg.. hui hui hui
Quote kakigojes 17-6-2021 11:38 PM
bulan_gerhana replied at 17-6-2021 09:39 PM
Iols suker giller tip uols... Akan dipergunakan dimasa akan dtg.. hui hui hui

Satu lagi kalau pergi kedai innisfree/face shop/kiehl ka, kalau pi la.. aku selalu kata, kulit saya sensitif tau, so dari rugi saya beli and buang, you kasi sample boleh?

Tapi kalau sesuai lepas tu mmg aku beli okkay… cuma kalau rasa tak puas nak try, akan dilakon semula di outlet2 lain.. ha gitu.

Tapi joke aside, mmg kalau aku pakai product tak sesuai, selalu aku buang je, hatta Channel sekalipun, mmg rasa rugi pakai skit tak sesuai buang
Quote honeyvanilla 9-9-2021 11:52 PM
farmasi kerajaan jela, swasta kebyknnya menjuai ubat.. asalkan ade sale.. hm
Quote faraway1 10-9-2021 01:49 AM
Pernah tengok depan mata..

Kat felda my parents, mamat ni siap tengking segala ayat memacam dia cskapnga9..

Last me kata kat anak, laki sapa ni tak tahu malu, kalau papa camni, malu mama.. Cakap berbukan, kalau imani cakap camni, mama cili mulut, cam tak tahu ada budak disekeliling...

Last dengar bini dia suruh dia tunggu kat dalam keta...
Quote shinyoung 15-9-2021 01:50 PM
Br terjadi kt mak kt kg last 2 weeks..dia dgr xdgr bila org farmasi dok explain kt dia..sbbnya tiap 6bln g ambik ubat..dia kata dia tau dh ubat doc bg..

Nak dijadikan cerita..dia bgtau doc ubat cair darah yg dia dok mkn tu buat dia sakit perut..jd doc ckp xpe sy tkr ubat cair darah, dos masih sama cuma pengeluar je beza..

Bila blk rumah, dia tgk kotak ubat tu lain..tulisan n logo lain so dia igt ubat lain..dia bantai g makan ubat cair darah yg baru plus yg lama..dh overdose..

Selang 2hr dia mkn..dia mula batuk berdarah..non stop berdarah..effect dr overdose ubat..smgu jgk batuk berdarah sblm realize..so conclusionnya jgn ambik mudah bila pharmacist explain..kn dgr btl2
Quote caprut 15-9-2021 02:00 PM
Pape jela. Bru lpas maki pegawai farmasi mggu lpas. Lmbap sgt nk kasi ubat. Pt da truk. Byk la alasan ko. Mmg ko trhegeh2
Quote glump 16-9-2021 10:05 PM
Kat famarsi gomen tu maklumat pesakit n ubat masih manual kalau order pakai wa pun ken tunggu 3 Hari bekerja.
Quote Artemesiaa 17-9-2021 01:23 PM
Dah itu SOP nya ikut je ler
Quote ais_kosong 17-9-2021 03:53 PM
Yang bagi ubat tu pun boleh upgrade PR.
Kalau orang tanya cuba terangkan bagi faham.
Orang yang jaga kaunter ni dah kerja hadap dengan public mcm peel kena hadap.
Macam mana kita meluat dekat kerani yang jaga kaunter asyik muka masam ja

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 12:01 AM GMT+8 , Processed in 0.054046 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top