Lagu Tak Tun Tuang pernah mencetuskan fenomena pada tahun 2017 baik di Malaysia, Indonesia mahupun di Thailand. Sehinggakan penyanyi Andi Bernadee terus dikenali setelah video persembahan nyanyian semula (cover) Tak Tun Tuang menjadi tular di media sosial.
Lagu tersebut dinyanyikan penyanyi dari Indonesia bernama Upiak Isil atau nama sebenarnya Silvia Nanda. Sebut Tak Tun Tuang atau nama Upiak, pasti terbayang imejnya berkain sarung, baju tidur dan selipar besar sehinggakan ada mendakwa penampilannya seperti perempuan gila. Hanya beberapa bulan sahaja popular malah mengisi pelbagai acara besar di Malaysia, kemudian Upiak terus tiada khabar berita. Bagaimana perkembangannya sekarang? Mungkin ramai tidak perasan. Jika dilihat perkembangannya di media sosial, Upiak kini sudah berhijrah dengan penampilan berbeza. Wanita berusia 35 tahun ini kini tampil manis berhijab.
Malah, dia sebenarnya masih aktif dalam dunia nyanyian dan baru sahaja melancarkan single terbaru berjudul ‘Ketika Mantan Kayak Setan” yang dikeluarkan oleh Matahari Records & MVM Production. Sumber: Murai
|
ADVERTISEMENT