Sungai Buloh: Tertekan diberhentikan kerja dan dihalau dari rumah sewa, seorang wanita cuba terjun dari tingkat 32 sebuah kondominium di sini, semalam. Bagaimanapun, tindakan pantas anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor berjaya memujuk dan menyelamatkan mangsa. Pengarah JBPM Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian terbabit pada jam 7.52 malam. "Seramai 19 anggota dengan satu jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan lokasi kejadian. "Setiba di lokasi terdapat seorang wanita berada di tepi bangunan di tingkat 32 kondominium berkenaan dan cuba untuk membunuh diri," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Menurutnya, pasukan penyelamat membuat persiapan dengan memasang tali keselamatan dan memujuk wanita terbabit ke tempat selamat. "Mangsa didapati mengalami masalah peribadi kerana kehilangan kerja dan dihalau dari rumah sewa. "Wanita terbabit diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya," katanya. Sumber - Harian Metro |
Kitty_catz replied at 19-6-2021 12:57 AM
tered dah ada la
reputz tak buat kerja ke dulu? apa daaa
CMFreporter replied at 19-6-2021 01:31 AM
maaf dah search tak jumpa. boleh bagi link?
CMFreporter replied at 19-6-2021 01:31 AM
maaf dah search tak jumpa. boleh bagi link?
Adrif replied at 19-6-2021 09:54 PM
dah 2 kes dalam masa yang singkat..
pihak berkuasa dah boleh get ready, this is just the beginnin ...
CiliPadiSedap replied at 20-6-2021 05:51 PM
Domino effect tinggi kali ni sbb saving isinar semua dah guna.
ADVERTISEMENT