Baru-baru ini, terdapat suara-suara tidak sedap didengar dari pihak tertentu yang menyifatkan pelajar-pelajar perubatan yang menyambung pengajian di luar negara sebagai "pembelot" kerana mereka tidak pulang menabur semula jasa di tanah air sendiri. Antara nama yang paling disebut-sebut adalah Dr Amalina Che Bakri yang sudah pun 15 tahun menetap dan bekerja di United Kingdom. Tidak mahu Dr Amalina terus diperlekehkan, Dr Rafidah Abdullah yang juga merupakan pakar buah pinggang dengan lantang membidas semula di laman Facebooknya mengenai kenyataan kononnya doktor warga Malaysia yang berkhidmat di luar negara sebagai pembelot.
Menurut Dr Rafidah yang nyata terkilan apabila mengetahui ada pihak yang "sedap mulut" mengata juga terdiri daripada golongan profesional. Pernah ditanya oleh Dr Amalina tentang bekerja di Malaysia, beliau memberi pendapat agar doktor muda tersebut tidak pulang atas sebab apresiasi. "Dr Amalina juga tiada sebarang kontrak biasiswa dengan mana-mana badan berkaitan malahan kini menerima biaya dari kolej luar negara untuk pengajian pHD. Ini sekali gus menepis dakwaan meleset yang mengatakan beliau ada hutang dengan Malaysia", tambahnya lagi. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya tampil memberi pendapat masing-masing. Malahan tak kurang juga yang menganggap gaji bekerja di luar negara jauh lebih setimpal berbanding di Malaysia. - CARI |
tumpanglalu74: Merantau ney amat menyeronokkan. Tapi bukan bende yang selamat. Tiap2 hari aku sana dulu tiap2 hari aku fobia takot terkene peluru sesat. Walopon a ...
Suchi replied at 19-6-2021 07:31 AM
Doa lah suatu hari nnt dia balik malaysia juga kot mcm doc imelda tu
Atleast dia nih amik tau ga ...
tumpanglalu74 replied at 19-6-2021 03:50 AM
Merantau ney amat menyeronokkan. Tapi bukan bende yang selamat. Tiap2 hari aku sana dulu tiap2 har ...
ADVERTISEMENT