Menerusi satu kenyataan dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri Israel pada Jumaat, Israel akan memberikan lebih kurang sejuta dos vaksin Covid-19 kepada pihak berkuasa Palestin. "Israel menandatangani satu perjanjian bersama pihak berkuasa Palestin dan akan membekalkan sejuta dos vaksin Pfizer yang tarikh luputnya akan tamat di dalam tempoh terdekat dan sebagai tukarannya Israel akan menerima dos vaksin yang akan dihantar Pizer kepada pihak berkuasa Palestin", menurut kenyataan bersama Pejabat Perdana Menteri Naftali Benett dan Kementerian Pertahanan dan Kesihatan. Menurut kenyataan sama, Israel akan menerima sejumlah dos di dalam kuantiti sama daripada Pfizer pada bulan September/Oktober 2021 yang mana dos vaksin tersebut sepatutnya diterima pihak berkuasa Palestin dan perjanjian itu dimeterai setelah didapati stok vaksin yang dimiliki Israel telah mencukupi.
Kempen pertukaran vaksin itu dilancarkan Israel selepas menerima jutaan dos vaksin Pfizer-BioNTech. Lebih 55% atau lebih kurang 5.1 juta rakyat Israel menerima dua dos suntikan vaksin manakala di Palestin hanya 260,000 penduduk sahaja yang selesai menerima dua dos suntikan vaksin. Sejak Rabu hingga Khamis, 170 kes baru direkodkan di Tebing Barat dan Gaza menjadikan jumlah keseluruhan sejak pandemik kepada 312,000 dengan 3,540 kematian manakala di Israel 25 kes baru direkodkan sejak Khamis hingga Jumaat menjadikan jumlah kes keseluruhan kepada 840,000 kes dengan 6,420 kematian. Pihak berkuasa Palestin yang berpengkalan di Tebing Barat masih lagi belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung pertukaran vaksin tersebut. Perkembangan terkini yang oleh The New York Times melaporkan pihak berkuasa Palestin telah menolak penghantaran pertama kira-kira 100,000 dos vaksin tersebut hanya beberapa jam selepas kenyataan Pejabat Perdana Menteri Israel itu dibuat. Jurucakap pihak berkuasa, Ibrahim Melhem berkata spesifikasi dos vaksin yang dihantar itu tidak memenuhi syarat perjanjian dan tarikh luputnya sudah terlalu hampir dan dan tidak akan sempat untuk digunakan. Pihak berkuasa sebaliknya akan menunggu penghantaran 4 juta dos vaksin daripada Pfizer-BioNTech pada tahun ini. Sementara itu, pegawai Israel yang enggan dikenali berkata penghantaran pertama dos vaksin tersebut tarikh luputnya pada awal Julai dan sepatutnya memberikan cukup masa kepada pekerja kesihatan Palestin untuk melakukan proses suntikan vaksin. - CARI |
edayildiz replied at 22-6-2021 09:50 AM
gaduh2 tp baik plak nk derma vaksin..
takut i vaksin yg yisrael bg..takut ada racun
ADVERTISEMENT