CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Puteri Belanda Tak Nak Elaun Diraja Sebab 'Tak Buat Apa-apa'

21-6-2021 10:34 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4422| Komen: 32

Puteri Catharina-Amalia, pewaris takhta Belanda sanggup melepaskan elaun tahunan berjumlah AS$2 juta (RM8.28 juta) sehingga beliau menjalankan tugas rasminya.

People.com melaporkan puteri kepada Raja Willem-Alexander dan Ratu Maxima itu menyatakan keputusan berkenaan menerusi surat tulisan tangan yang dihantar kepada Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte pada Jumaat.



Kredit foto: IG @princess.catharinaamalia

"Saya berusia 18 tahun pada 7 Disember ini dan akan menerima elaun mengikut undang-undang.

"Saya berasa tidak selesa untuk menerimanya selagi tidak melakukan apa-apa ketika penuntut lain berdepan tempoh lebih sukar, terutamanya ketika pandemik ini," katanya.

Puteri Amalia juga berhasrat untuk berehat selama setahun sebelum memulakan pengajian pada peringkat siswazah.

Bukan setakat itu, Puteri Amalia akan membayar hampir AS$400,000 (RM1.66 juta) iaitu kos pengajiannya nanti.


Beliau juga tidak akan menuntut peruntukan perbelanjaan AS$1.6 juta (kira-kira RM6.62 juta), sehingga dia menanggung kos hidup sara tinggi apabila menjalankan tugas rasmi, kelak.

Puteri Amalia sebelum ini dilaporkan lulus dengan cemerlang peperiksaan akhir di sebuah sekolah ternama di Den Hague, minggu lalu.



Bersesuaian dengan tradisi Belanda, Puteri Amalia meraikan berita gembira itu dengan menaikkan bendera negaranya dan video itu dikongsi ke akaun laman sosial keluarga.

"Saya baru saja mendapat panggilan yang saya lulus dalam peperiksaan! Saya ingin mengucapkan tahniah dan pada masa sama selamat maju jaya kepada penuntut lain," katanya.

Pada Hari Keputeraan Raja Willem-Alexander April lalu, Puteri Amalia berkongsi rancangannya untuk berehat sebelum melanjutkan pendidikannya.

"Saya ingin melakukan sedikit pengembaraan, menjelajah dunia, melakukan perkara yang mungkin tidak dapat dilakukan dalam masa 20 tahun" katanya.


Sumber: Harian Metro
2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote angelofish 21-6-2021 10:38 AM
sikit nye..untuk pewaris tahta..
Quote ctaz 21-6-2021 10:55 AM
SEMENTARA ITU DIMALAYSIA.......
Quote axl_bach 21-6-2021 11:38 AM
Maybe elaun tu sikit jer berbanding income lain sbg pengarah itu board director ini penaung itu penaja ini yg berkali ganda lagi...

Quote naina 21-6-2021 11:56 AM
Dimalaysia pula.......
Quote Catpaw 21-6-2021 11:57 AM
Auchhhhhhhh
Quote bored_atticus 21-6-2021 12:10 PM
Bagusnya.. dahla comel..
Quote nirman 21-6-2021 12:13 PM
ini la contoh anak raja kafir.
Quote xpdckelate 21-6-2021 12:15 PM
duit dia pun dh banyak apa da hal
Quote deathacker 21-6-2021 12:27 PM
ctaz replied at 21-6-2021 10:55 AM
SEMENTARA ITU DIMALAYSIA.......

Hmmmm sambung sendiri ayat tu
Quote Paiya 21-6-2021 01:12 PM
baiknya puteri raja kapir ni
yuran pengajian pun nak bayar sendiri

di Malaysia pula...
Quote Orix 21-6-2021 01:15 PM
Lorrr kafir ke islam dia ni……. Takkan la kafir mcm ni… pewaris ereb isele pun x mcm ni {:nose
Quote Artemesiaa 21-6-2021 01:17 PM
Niat baik harus diberi pujian
Quote dani-rox 21-6-2021 01:17 PM
Didikan makpak dia kot, raja dan kuin Belanda jalan2 kat NYC, relaks2 jah diiring sorg bodigad.



Berbeza dgn kuin gegula Meghan dlm minggu yg sama, NYC terpaksa gerakkan satu balai polis utk escort dia sambut baby shower.

btw Amalia nih pernah di bodyshaming, sbb badan besar tak mcm pwincess2 eropah lain.
Quote JunkMail 21-6-2021 01:24 PM
Aku tak tau pun Netherlands ada raja..
Huntonglah raja ada sorang je.. kat tanahair setiap daerah nak letak burung enggang ni .. ehhh
Quote tripleid 21-6-2021 01:29 PM
Ayat ' tak buat apa2' tu yg x menahan

Tapi mmg tu lah 'kerja' kerabat kat mana2 pun..goyang kaki smbil menghabihkan duit tax payers
Quote husna_amal 21-6-2021 02:45 PM
Cantik sangat walaupun cubby.
Quote nakkomenjugak 21-6-2021 03:13 PM
takpe. boleh bagi elaun tu kat iols. Iols sangat memerlukan money hohoho
Quote mistified 21-6-2021 03:38 PM
Adik dia princess alexia lawa. Amalia ni muka mcm nenek dia queen beatrix masa muda
Quote anakmak 21-6-2021 03:43 PM
Mcm Adele tgok dr jauh

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 01:31 PM GMT+8 , Processed in 0.044393 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top