Seorang lelaki warga Jepun yang bermastautin di Turki ditangkap polis gara-gara menganiaya kucing. Sora News melaporkan, lelaki berumur awal 30-an itu ditahan pada 14 Jun lalu kerana disyaki membunuh dan memakan haiwan berkenaan.
Salah seorang penduduk dikatakan melihat lelaki itu membawa lima kucing ke dalam rumah. Melihat tindak-tanduk lelaki itu yang mencurigakan, penduduk terbabit menghubungi pihak polis. Polis kemudiannya ke lokasi kejadian bagi menyiasat sebelum menahan lelaki berkenaan dan membawanya ke balai polis untuk disoal siasat. Berdasarkan siasatan polis, lelaki itu mengaku membunuh kucing liar yang ditangkap di kawasan perumahannya. Bukan setakat itu, dia turut menjadikan haiwan itu sebagai makanan hariannya. Berikutan kesalahan itu, lelaki itu didenda sebanyak 130,000 yen (RM4,884) selepas mengaku bersalah atas perbuatannya.
Dia kini ditahan buat sementara waktu dan dalam proses untuk dihantar pulang ke negara asal. Insiden itu menimbulkan kemarahan dalam kalangan masyarakat Turki yang terkejut dengan tindakan lelaki berkenaan. Sumber: Harian Metro
|
Artemesiaa replied at 21-6-2021 12:27 PM
Dah macam geng Vietcong pulak suka makan kucing
monreyes replied at 21-6-2021 03:16 PM
kat msia ni xde ke penggemar tikus....
free je ...
sambil membantu membersihkan kawasan sekitar...
anakmak replied at 21-6-2021 03:24 PM
Kalau penggemar takdak
Penternak ramai termasuk PBT sekali
monreyes replied at 21-6-2021 03:29 PM
tu sudah semestinya...
aritu local PBT ada buat kempen tangkap tikus...
adalah kurang kejap..
anakmak replied at 21-6-2021 03:35 PM
Bila pbt buat kerja bermusim
Musim tangkap tikus- tangkap tikus ya2
Pastu senyap bermusimmusim
...
ADVERTISEMENT