Gua Musang: "Belum lagi selesai ancaman beruang dan harimau, kami dikejutkan pula dengan kemunculan seekor gajah yang masuk ke kampung ini," kata Mat Zin Hassan, 72. Dia yang tinggal di Felda Perasu, dekat sini, berkata sekumpulan peneroka terserempak dengan gajah itu kira-kira 4 petang hari ini sebelum bertempiaran menyelamatkan diri. "Gajah itu kemudian memasuki kebun kelapa sawit dipercayai laluan masuk ke hutan berhampiran dan tiada tanaman dimusnahkan. "Memang ada tiga gajah liar muncul di kampung ini dan kerap memasuki kebun kelapa sawit sehingga membimbangkan penduduk," katanya.
Peneroka lain, Daud Yusoff, 68, berkata walaupun haiwan itu belum lagi mencederakan warga Felda, tetapi mereka tetap bimbang jika berlaku kejadian tidak diingini. "Kami berharap pihak berkenaan dapat melakukan pemantauan ke atas pergerakan haiwan liar itu supaya tidak mengancam keselamatan penduduk," katanya. Awal pagi semalam, penduduk mendakwa seekor harimau membaham seekor lembu milik penternak di Felda Perasu, manakala beberapa pokok kelapa pula dimusnahkan beruang sejak sebulan lalu. Sumber : Harian Metro |
adm7 replied at 21-6-2021 08:25 PM
Salah binatang2 tu ke salah manusia?
airfilterkotor replied at 21-6-2021 08:37 PM
Kao ni dah kenapa?
ADVERTISEMENT