CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tiga penganjur judi Euro 2020 dicekup

21-6-2021 08:31 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 1220| Komen: 0

PEGAWAI polis memeriksa komputer yang dipercayai digunakan untuk pertaruhan judi Euro 2020. FOTO ihsan POLIS



Melaka: Tiga peniaga dipercayai penganjur judi pertaruhan bola sepak Piala Dunia Euro 2020 dicekup polis dalam tiga serbuan berasingan menerusi Op Soga pada Sabtu dan Ahad lalu.

Kesemua mereka ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Daerah Melaka Tengah.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, kesemua ditahan berusia antara 33 hingga 47 tahun dipercayai penganjur persendirian yang menjalankan kegiatan pertaruhan bola sepak.


Beliau berkata, tangkapan pertama dilakukan kira-kira jam 9.10 malam di sebuah rumah di Taman Sutera, Batu Berendam membabitkan suspek berusia 33 tahun.

"Suspek kedua dan ketiga masing-masing berusia 47 dan 46 tahun pula ditahan di Kampung Lapan dan Jalan Tun Sri Lanang pada Sabtu.

"Siasatan dijalankan mendapati suspek sudah bergiat dalam aktiviti perjudian ini sejak hari pertama perlawanan bola sepak piala dunia itu berlangsung," katanya.

Menurut beliau, suspek juga didapati menjalankan aktiviti itu berpandukan jadual perlawanan Euro 2020 dengan menggunakan telefon pintar atau komputer sebagai medium pertaruhan.

"Siasatan juga mendapati pertaruhan dibuat dengan jumlah minima RM50 hingga mencecah RM2,000 pada setiap perlawanan.

"Malah kesemua transaksi dibuat melalui dalam talian," katanya.

Afzanizar berkata, dalam serbuan itu juga, pihaknya turut merampas beberapa alatan pertaruhan antaranya komputer, telefon bimbit dan modem jaringan jalur lebar.

"Kesemua mereka direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 6(3) Akta Pertaruhan 1953," katanya.





Sumber : Harian Metro
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 11:38 PM GMT+8 , Processed in 0.036940 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top