DENVER: Seorang bayi perempuan cedera semasa proses kelahiran secara pembedahan (caesarean), menyebabkan pipinya luka, sekali gus meninggalkan parut.
Lapor The Sun, ahli keluarga bayi berkenaan menceritakan, Kyanni William terpaksa menerima 13 jahitan untuk menutup luka itu selepas dia dilahirkan di Hospital Denver Health, Colorado pada Rabu lalu. Bapa Kyanni, Damarqus Williams berkata, dia amat kecewa dengan kejadian yang menimpa anaknya. Menurut Williams dan isterinya, Reazjhana, pada mulanya, Kyanni sepatutnya dilahirkan secara normal. Namun, doktor di hospital tersebut memberikannya pil untuk mempercepatkan proses bersalin dan beberapa minit kemudian dia dibawa ke dewan bedah.
“Doktor memberitahu bayi kami tidak bergerak tiba-tiba sehingga gagal mengesan bunyi degupan jantungnya. Jadi mereka terpaksa melakukan pembedahan segera,” kata Williams. Menurut pasangan itu, doktor memaklumkan kepada mereka bahawa kepala Kyanni berada pada posisi berhampiran dinding plasenta semasa pembedahan itu dilakukan. Namun, kumpulan petugas perubatan itu tidak memberitahu mereka telah mencederakan bayi pasangan itu secara tidak sengaja. “Saya cuba memahami apa yang berlaku dan sungguh menyedihkan apabila melihat wajah anak saya berparut selepas pembedahan,” kata Reazjhana. Nenek bayi itu, Tashaira Williams menegaskan para doktor terlibat mesti bertanggungjawab atas kejadian yang menimpa cucunya. Sementara itu, Hospital Denver Health menerusi kenyataan mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan akan berunding dengan keluarga Williams. -CARI Sumber: Utusan Online
|
lurve82 replied at 22-6-2021 09:53 AM
Ya Allah sedih dan kesiannye…harap2 aku dpt bersalin normal mcm sblm ni…
Buritan replied at 22-6-2021 10:08 AM
Dah tak cung anak org.. adoiiii.. aku dulu beranak.. first dpt baby terus kelebet.. tgn jari kaki ...
lattehazelnut: Kesiannye baby.. bukan sebelum operate diorg scan dulu kan nak tau kedudukan baby..
mbhcsf replied at 22-6-2021 12:35 PM
Astaghfirullah. 13 stiches? wow ye...
painful nyer kene torehan scalpel tu
stingerclubbing replied at 22-6-2021 12:37 PM
The exact reaction from the baby ketika itewwww
WOW....
mbhcsf replied at 22-6-2021 12:39 PM
can you imagine? otak baby tu terima isyarat 'sakit'pada exposure pertama ke dunia. i mean i dunno ...
stingerclubbing replied at 22-6-2021 12:44 PM
Malaikat banyak/ramai yg diarahkan menjaga janin/bayi didalam kandungan iteww....
Kau ni seb ...No wonder I am a FULLBRIGHT scholar and you are not.....
mbhcsf replied at 22-6-2021 01:04 PM
wow, you exceedingly clever till u need the double'L's in spelling out "Fulbright'..wow impressiv ...
ADVERTISEMENT