CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mayat Bayi Terbiar Semalamam, Ibu Miskin Tak Mampu Uruskan

22-6-2021 10:10 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6336| Komen: 50

Kuala Lumpur: Remuk hati seorang ibu apabila terpaksa menunggu semalaman untuk menguruskan jenazah bayi lelakinya yang berusia tiga bulan kerana kesempitan hidup.

Dia hanya mampu mendakap bayi itu sejak malam tadi yang meninggal dunia akibat demam panas.

Kejadian itu berlaku di sebuah rumah setinggan Kampung Bangau-Bangau, Semporna, Sabah dan disedari seorang sukarelawan badan bukan kerajaan (NGO) tempatan, Rumah Ngaji.


Foto: Harian Metro

Pengasas Rumah Ngaji, Laili Basir berkata, pihaknya dengan bantuan tiga ustaz kampung membantu menguruskan jenazah bayi berkenaan.

"Ibunya tinggal menumpang di rumah itu bersama seorang lagi anak perempuannya berumur dua tahun.


"Kejadian disedari seorang sukarelawan kita yang lalu di situ dan melihat ibu berkenaan menangis, bila ditanya dia memaklumkan bayinya sudah meninggal dan dia tidak mampu menguruskannya kerana tidak ada apa-apa," katanya kepada Harian Metro.

Laili berkata, pihaknya segera menguruskan bayi berkenaan dan selamat dikebumikan jam 1.30 tengah hari.

Katanya, ibu berkenaan masih dalam keadaan trauma dan difahamkan dia meminta bantuan daripada beberapa orang sebelum kejadian itu.

Foto: Harian Metro

Menurutnya, keluarga berkenaan dihimpit kesusahan selepas suaminya menjalani hukuman penjara selama setahun kerana masalah dadah.

"Justeru kita bantu keluarga ini dengan barangan asas untuk dua bulan dan bantuan lain yang bersesuaian," katanya.

Laili berkata, Rumah Ngaji yang dikendalikannya banyak membantu masyarakat setempat khususnya mereka yang tiada identiti untuk belajar agama sejak beberapa tahun lalu.

Katanya, pihaknya juga bekerjasama dengan beberapa NGO Semenanjung untuk kutipan dana bagi membantu golongan memerlukan. -CARI

Sumber: Harian Metro
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Raline 21-6-2021 08:01 PM
aku pantang btul la kes2 mcm ni. mana pg org2 kaya duk flexin mustang la LV la! kesian beb...
Quote noor2 21-6-2021 08:04 PM
.... innalillah...remuk hati baca berita ni. Anak demam ibu x de duit kut nk bawa ke klinik.
Quote foxs 21-6-2021 08:12 PM
Kesian
Quote shernazz 21-6-2021 08:30 PM
Sadis ya wei..
Mmg.aku pung remuk ati nengok.gini..
Sian baby tu..
Wahai acik.tolong la..berpisah saja dgn laki kau yang tak guna tu...dadah plak tu
Quote manehnya 21-6-2021 08:55 PM
Siannya baby tu baru 3 bln , mmngkin sbb duduk kt rumah atas air tu yg susah nak kebumi kot...
Quote zehra2 21-6-2021 08:58 PM
sedihnya..  
mak mana yg tak sayangkan anak
Quote syamzana 21-6-2021 09:18 PM
Innalillah...
kesian kat baby. toklaki pun dah miskin kedana p makan dadah. ko dlm jail aman2 makan 3x sehari kuor jail gemok metok, anak bini kat luar tgl tulang gamaknya
Quote Buritan 22-6-2021 10:41 AM
Raline: aku pantang btul la kes2 mcm ni. mana pg org2 kaya duk flexin mustang la LV la! kesian beb...


Siannya... ingat cite dr indon kr india keee.. ujung ujung sabah.. bg budak tuu kat aku pung tak pee
Quote kakigebang 22-6-2021 10:58 AM
ya allah kesiannya, ingt baca berita di india, rupa2 sabah... mana "Warisan"?
Quote lonso 22-6-2021 11:05 AM
sedihnya msti emak ni tak tahu nak buat apa..
Quote cikmi 22-6-2021 11:17 AM
Ya Allah..sebaknya rasa....
Quote hotmak 22-6-2021 11:20 AM
ya allah kesiannya, jiran keliling takde nak membantu ke
Quote stingerclubbing 22-6-2021 11:23 AM
noor2 replied at 21-6-2021 08:04 PM
.... innalillah...remuk hati baca berita ni. Anak demam ibu x de duit kut nk bawa ke klinik.

Dah tentu mati....syurga buat bayi...yg kau masih terus dlm keadaan nyumpah seranah dipermainkan oleh lahnat lahnat politikus...cheating your feelings every single day...bila nak dapat vaksin bila nak dapat vaksin....kheunz?
Quote Friska 22-6-2021 11:24 AM
Duh mirisnya
Quote stingerclubbing 22-6-2021 11:24 AM
hotmak replied at 22-6-2021 11:20 AM
ya allah kesiannya, jiran keliling takde nak membantu ke

Tak diberitahu..mana nak tahu?nanti mayat dah berbau baru la tahu
Quote bulalof 22-6-2021 11:26 AM
first of all, ke mana pergi ketua komuniti di situ?

kerajaan baca dan amik tau tak kehidupan rakyat camana?

turun padang tgk sendiri kesusahan rakyat. bukan takat dgr2 dr pegawai2 yg takleh pakai tu.
Quote stingerclubbing 22-6-2021 11:26 AM
shernazz replied at 21-6-2021 08:30 PM
Sadis ya wei..
Mmg.aku pung remuk ati nengok.gini..
Sian baby tu..

Pendadih ini katanya awesome in bed...

Mustahil kau tak tahu....
Quote lurve82 22-6-2021 12:04 PM
Allahu…xblh imejin mak dakap anak demam panas smpi meninggal..kemurungan aku..
Quote noor2 22-6-2021 12:23 PM
stingerclubbing replied at 22-6-2021 11:23 AM
Dah tentu mati....syurga buat bayi...yg kau masih terus dlm keadaan nyumpah seranah dipermainkan o ...

Ya stinger....

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 01:04 AM GMT+8 , Processed in 0.047117 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top