CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Harith Iskander Sedih Marvella Dah Mati

22-6-2021 12:03 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8942| Komen: 51

Pelakon dan pelawak Harith Iskander meluahkan rasa sedih selepas anjing peliharaannya yang kudung dua kaki telah mati.


Kredit foto: IG Harith


Harith berkata, anjing betina bernama Marvella itu sudah dipelihara sejak Jun tahun lalu.

“Ini adalah hari yang sangat menyedihkan dan dengan hati yang berat saya memberitahu semua orang bahawa #marvellathewonderdog tidak lagi bersama kami.

“Dia datang dalam kehidupan kami pada bulan Jun 2020 dan segera menjadi anggota keluarga kami.

“Dia baik, berani dan sangat ramah. Dia sepertinya tidak tahu bahawa dia hanya mempunyai kaki belakang,” katanya.

Pada masa sama, dia turut mengucapkan terima kasih kepada individu bernama Nurul Aina yang telah membenarkan dia sekeluarga untuk membela anjing berkenaan.



Jelas Harith, Aina yang telah menyelamatkan anjing itu sebelum Harith mengambil keputusan untuk memeliharanya.

Pada tahun lalu, pelawak berkenaan pernah dikecam segelintir netizen gara-gara keputusannya untuk membela anjing berkenaan.

Bagaimanpun, terdapat juga segelintir yang tetap menyokong tindakan pelawak berkenaan. 


Sumber: Suara Merdeka
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jerukkedondong 22-6-2021 12:33 PM
Have a good rest Marvella..
Quote Skuau 22-6-2021 12:35 PM
mende ni yg jd kontroversi aritu....
Quote caramel_cloud9 22-6-2021 12:47 PM
Aku konfius. Dia sebenarnya non muslim kah?
Quote CiliPadiSedap 22-6-2021 12:50 PM
caramel_cloud9 replied at 22-6-2021 12:47 PM
Aku konfius. Dia sebenarnya non muslim kah?

bela anjing ikut mazhab juga kalau mazhab kaka baik bela vokuru dari bela anjing
Quote tipah89 22-6-2021 01:10 PM
bagusnya harith sanggup jaga anjing kurang upaya dgn baik mcm tu.
Quote sleepandream 22-6-2021 01:14 PM
restoran ala2 pub heols dekat publika masih buka kah?
Quote salimrock 22-6-2021 01:22 PM
caramel_cloud9 replied at 22-6-2021 12:47 PM
Aku konfius. Dia sebenarnya non muslim kah?

moslem , sunni barangkali...

mak dia English, bapak dia pegawai tinggi tentera tak silap...

tp ramai akan terkejut bila tgk harith pegang anjing...

wife dia chinese + indian , kawin harith masuk islam...
Quote salimrock 22-6-2021 01:24 PM
bagus harith ni, bukan semua org nak jaga anjing cacat, mesti nak binatang pelihraan yg cantik2 sempurna sifat...
Quote Miawlover 22-6-2021 01:26 PM
Goodbye Marvella.
Quote sparkly 22-6-2021 01:55 PM
Oh no no nooo {:laugh {:freak
Quote dudaberhias 22-6-2021 02:04 PM
goodbye rip marvella... tak boleh la harith nak kehulu kehilir bawak anjing dalam stroller lagi lepasni...
Quote dejure 22-6-2021 04:43 PM
caramel_cloud9 replied at 22-6-2021 12:47 PM
Aku konfius. Dia sebenarnya non muslim kah?

Free thinker, ramai geng2 dia ni free thinker.ida nerina,nanu pon free thinker
Quote messyjet 22-6-2021 06:50 PM
1 aje nk ckp wife die mmg full packages
Beauty with Brian
Quote LadyCarefree 22-6-2021 09:38 PM
caramel_cloud9: Aku konfius. Dia sebenarnya non muslim kah?


Personal matter. Biarlah dia.
Quote LadyCarefree 22-6-2021 09:39 PM
messyjet replied at 22-6-2021 05:50 PM
1 aje nk ckp wife die mmg full packages
Beauty with Brian

Pandai masak juga. Healthy eating sampai kurus harith. Super mommy juga.
Quote namieamuro 22-6-2021 09:53 PM
comelnye marvella.
Quote edayildiz 22-6-2021 10:35 PM
rip marvella..
kesian tgk si marvel ni..kaki dia knp? eksiden ke?
Quote edayildiz 22-6-2021 10:37 PM
CiliPadiSedap replied at 22-6-2021 12:50 PM
bela anjing ikut mazhab juga kalau mazhab kaka baik bela vokuru dari bela anjing

ikut mazhab rupanya..pttla org islam turki mostly bela anjing..
Quote edayildiz 22-6-2021 10:38 PM
tipah89 replied at 22-6-2021 01:10 PM
bagusnya harith sanggup jaga anjing kurang upaya dgn baik mcm tu.

kan..blh puji..sbb tak semua org nk bela yg cacat gitu...i sndiri pun kalau nk bela kucing cri yg cantik gebu jer..

Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 03:51 AM GMT+8 , Processed in 0.031897 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top