Setiap episod program masakan terkenal Masterchef Indonesia penuh ‘drama’ dan sememangnya mendapat sambutan sehinggakan rancangan ini memasuki musim ke-8. Namun, musim ini kembali trending apabila salah seorang juri iaitu Cef Juna melempar pinggan peserta sehingga pecah di lantai. Terkejut semua peserta!
Salah seorang peserta, Seto mempertaruhkan resipi Udang Jamur Kucai dengan Nasi Honje dalam episod baru-baru ini di hadapan tiga juri. Sebaik mempersembahkan masakan tersebut di meja juri, Cef Arnold kelihatan memindahkan makanan tersebut ke pinggan baru berwarna putih. Kemudian, Cef Juna yang sememangnya dikenali dengan sifat tegas melemparkan pinggan berwarna biru gelap itu sehingga berderai di lantai membuatkan semua peserta terkejut. Difahamkan, cara plating atas pinggan tersebut juga terlalu ‘simple’ dan banyak ruang kosong. Hal ini secara tidak langsung membuatkan juri tidak berpuas hati selepas terlihat kesan cap jari di dalam pinggan berkenaan. Seto bagaimanapun memohon maaf kepada barisan juri kerana tidak sempat membersihkan kekotoran di pinggan berkenaan. Walaupun rasa masakan Seto itu sedap dan mendapat pujian, tindakan menyajikan ke atas pinggan yang terang-terangan kotor dan dipenuhi dengan kesan jari itu mendapat teguran tegas juri. Sebelum balik ke mejanya, Seto dilihat mengutip serpihan pinggan tersebut di lantai untuk disimpan dan dijadikan sebagai peringatan. Sumber: OhBulan
|
Ciktiekus: Aku xsuke tgk cite2 mcm ni..mcm menghina makanan..kalau xsedap tu sampai masuk tong sampah atau x makan..sdgkan ade yg nk mkn pn xde makanan..sangat b ...
Normabaru replied at 22-6-2021 10:31 PM
Kaka layan mc oz best je juri2 baik.. Contestant sume support each other.. Xperlu drama murahan gini
TomyamPuteh replied at 22-6-2021 11:38 PM
Suka tgk master chef Australia. Juri2 dia sopan Sgt.
salmon-suki replied at 23-6-2021 08:47 AM
Mc aus level lain drpd y lain..even masakan dorg pun kreatif n neat je..ada laa jgk drama air mata ...
ketupatnasi replied at 23-6-2021 11:48 AM
Indeed. Selamat plak tu each episode. Iols tertunggu2 bila la kari tuhh..sbb nmpk paling xstabil.
ADVERTISEMENT