Kota Belud: Seorang ibu terkejut selepas melihat anak perempuannya tiba-tiba bersalin di rumah mereka di sebuah perkampungan di sini, kelmarin.
Kejadian berlaku pada 3 pagi ketika wanita berkenaan tersedar daripada tidur dan mendapati anaknya yang berusia 13 tahun sedang membersihkan bayi perempuan. Difahamkan, dia tidak perasan remaja itu mengandung kerana perutnya kecil, dan kemudian membawa kedua-duanya ke Hospital Kota Belud untuk rawatan lanjut. Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Sahimi Husin berkata, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai pernah dirogol sepupu berusia 14 tahun sebanyak tiga kali sejak Ogos tahun lalu. "Suspek sudah ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Marudu, petang semalam dan hasil siasatan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika dihubungi, hari ini. Beliau turut memberitahu kes itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. -CARI Sumber: Harian Metro
|
aechae replied at 22-6-2021 05:48 PM
Besar mna lh 13 tahun bleh beranak? Period umur berapa ni??
Suchi replied at 22-6-2021 05:55 PM
Maybe period tahun lepas ke, ermm
Sebaya anak iols ni dia 11 tahun dah piyed.
Pastu la ni 13 tah ...
noor2 replied at 22-6-2021 05:56 PM
X faham...mcm mana mak boleh x perasan anak pregnant...serius betul2 x faham...aku anak badan kurus. ...
noor2 replied at 22-6-2021 05:56 PM
X faham...mcm mana mak boleh x perasan anak pregnant...serius betul2 x faham...aku anak badan kurus. ...
aechae replied at 22-6-2021 05:58 PM
Tp ni bersalin bln jun, mkna nya proses kejadian tahun lps lh kn msa umur 12 tahun??? Ya rabbi, x ...
makadek replied at 22-6-2021 06:00 PM
Tulah kita hari2 berkepit dgn anak ..gemok kurus boleh tau ke jenis mak tk jengok bilik ank
Suchi replied at 22-6-2021 06:04 PM
Maybe dia pun awal baligh nya.
9-10 tahun pun ada ya, iols je lewat form 2 baru kena. Tapi Kawan ...
melinda_kerr replied at 22-6-2021 06:00 PM
Anak sheols cover kot… jenis tak amik tahu pasal anak sgt ni rasanya.
noor2 replied at 22-6-2021 05:56 PM
X faham...mcm mana mak boleh x perasan anak pregnant...serius betul2 x faham...aku anak badan kurus. ...
mclaren replied at 22-6-2021 06:10 PM
Kak noor, kawan saya pregnant 9 bulan, saya nampak dia dari belakang so tegurlah (setahun dua tak ...
noor2 replied at 22-6-2021 06:12 PM
Mungkin jugalah...tapi...umur 13...entahlah...mungkin juga x nampak...tapi x kan x de mual..kurang ...
ADVERTISEMENT