CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Isteri Polis Bunuh Orang Gaji- Biar Kebuluran, Tarik Rambut Sampai Tanggal, Tekap Seterika

23-6-2021 09:58 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4003| Komen: 23

SINGAPURA – Mahkamah Tinggi Singapura menjatuhkan hukuman penjara 30 tahun ke atas seorang warga negaranya kerana didapati bersalah membunuh pembantu rumah warga Myanmar.

Gaiyathiri Murugan, 41, didapati bersalah ke atas 28 pertuduhan menyebabkan kematian terhadap pembantu rumahnya, Piang Ngaih Don pada 26 Julai 2016.

Gaiyathiri dan ibunya telah menyerang dan mengakibatkan tulang tengkuk mangsa retak dan juga telah menyebabkan kecederaan pada otak.


Foto: Youtube

Wanita kejam itu juga dengan sengaja membiarkan Ngaih Don kebuluran, menyebabkan kecederaan dengan menekapkan seterika panas ke atas badan mangsa, memukulnya dengan batang penyapu dan menarik rambut mangsa sehingga tertanggal.


Peguam bela, Joseph Chen dalam hujahnya di mahkamah memohon supaya anak guamnya itu dikenakan hukuman penjara tidak lebih sembilan tahun dengan alasan tertuduh telah ditahan reman selama lima tahun selain faktor anak-anak yang sedang membesar dan masalah mental tertuduh.

Suami Gayathiri yang merupakan seorang anggota polis, Kelvin Chelvam kini digantung tugas dan berdepan lima pertuduhan kerana mencederakan mangsa dan menipu polis dengan mengatakan kamera litar tertutup di flat kediamannya telah dialih. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote helicornia 23-6-2021 11:23 AM
kenapa la tergamak dera org.klu dia tk.perform pulangkan kt ejen
Quote Artemesiaa 23-6-2021 12:25 PM
Kejamnya perbuatan selayaknya dihukum macam tu
Quote angelofish 23-6-2021 01:18 PM
zalim nye....
Quote anony-mous 23-6-2021 01:30 PM
Kesian nya maid tu berpisah dgn keluarga demi cari mkn. Hujung2 kena dera yg seksa sgt. Seeloknya hukuman mati jah utk pesalah. Mak dia xkena apa2 ke????
Quote noor2 23-6-2021 01:31 PM
Kejam gila...
Quote aliaa 23-6-2021 03:12 PM
siannya
sepatutnya hukum bunuh jea ...
perangai israel
Quote ang_bess 23-6-2021 03:55 PM
Kalau kat 1 negara tu lebih kurang gini la kes dia. Tapi lepas sebab ada diabetis ka apa tah. Peguam negara yg sangat hebat time tu kunon nya nak siasat tapi haram senyap. Mungkin peguam negara singapore boleh cilok idea ni kalau nk lepaskan itu aci.
Quote sue_liah 23-6-2021 04:34 PM
selayaknya lah...mereputla kau, baru ada maid dh rasa mcm ada hamba abdi

sialan punya org
Quote reen8601 23-6-2021 04:53 PM
macam2 dunia skarang
Quote Ismacun 23-6-2021 05:45 PM
Kejamnya...
Quote umbut 23-6-2021 05:51 PM
Mcm2 kes ahso2 spore..
Quote any42 23-6-2021 06:20 PM
semoga mereput dlm penjara
Quote kasibiman 23-6-2021 07:49 PM
ang_bess replied at 23-6-2021 03:55 PM
Kalau kat 1 negara tu lebih kurang gini la kes dia. Tapi lepas sebab ada diabetis ka apa tah. Peguam ...

Hint:

Ethnicity Sama.
Quote dudaberhias 23-6-2021 07:54 PM
Kesian pompuan tu, niat nak cari rezeki je. Dan selalunya maid Myanmar (bukan rohingya) jarang buat hal. Yang buat hal tu selalunya indon.

Iols pun pernah ada pekerja myanmar, baik je.
Tapi indon hmm pandai2 la uols fikir sendiri.

Selalu, viet, myanmar, filipino je herlok sikit perangai.

Gaji di singapore tu tinggi, mustahil maid tak berlaku elok, selalu majikan tu yang sangkak tak mampu nak bayar jadi di seksa2nya. Sebab nak manpower free.

Singapore gaji bukan RM1500 ye untuk maid.
Quote darkness 23-6-2021 08:01 PM
Naseb baek bukan indon. Kalau indon, dah lama kedutaan singapo kena baling taik. Ke berani dgn malaysia aje?
Quote darkness 23-6-2021 08:02 PM
dudaberhias replied at 23-6-2021 07:54 PM
Kesian pompuan tu, niat nak cari rezeki je. Dan selalunya maid Myanmar (bukan rohingya) jarang buat  ...

Kalau sorang indon, 5 perangai dia bawak. Kebanyakkannya mcmtu
Quote Cik_jantung 23-6-2021 08:10 PM
ang_bess replied at 23-6-2021 03:55 PM
Kalau kat 1 negara tu lebih kurang gini la kes dia. Tapi lepas sebab ada diabetis ka apa tah. Peguam ...

Yg lepas tu level kayangan jugak kan kat negara 1 tu kan..
Quote Cik_jantung 23-6-2021 08:11 PM
Sangat kejammm.. amek iron panas tepek kat muka dia balikk
Quote borrow 23-6-2021 08:18 PM
Gaiyathiri dan ibunya telah menyerang dan mengakibatkan tulang tengkuk mangsa retak dan juga telah menyebabkan kecederaan pada otak.


Mak pun sama kejam?

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 11:29 AM GMT+8 , Processed in 0.283695 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top