CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

MAIS Bingung, Lokasi Muhammad Sajjad Menyorok Masih Misteri

23-6-2021 01:37 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2483| Komen: 16

Kuala Selangor: Masih diselubungi misteri apabila Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) belum mengetahui lokasi sebenar persembunyian usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau lebih dikenali Nur Sajat.


Setiausaha MAIS, Dr Ahmad Shahir Makhtar berkata, pihaknya tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai lokasi persembunyian ahli perniagaan itu yang dikehendaki pihak berkuasa selepas waran tangkap dikeluarkan Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada 23 Februari lalu.


Foto: IG

"Secara rasmi, kita belum tahu di mana lokasi beliau," katanya ringkas ketika ditanya perkembangan terkini Muhammad Sajjad pada sidang media di sini, tadi.

Terdahulu, Dr Ahmad Shahir ditemui selepas penyerahan sumbangan pek makanan kepada petugas barisan hadapan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Berlian, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Alam, di sini.


Pada masa sama, beliau berkata, pihaknya menyerahkan sepenuhnya kepadanya Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengambil tindakan ke atas usahawan kosmetik itu.

"Kita serah perkara ini kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan dalam masa sama, menunggu perkembangan seterusnya mengenai Sajat," katanya.

Pada 23 Februari lalu, Muhammad Sajjad, 36, diburu pihak berkuasa selepas waran tangkap terhadapnya dikeluarkan selepas gagal hadir sebutan semula pertuduhan berpakaian wanita di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor.

Sebelum ini, media melaporkan Nur Sajat didakwa sedang bersembunyi di Thailand selepas menghilangkan diri susulan waran tangkap berkenaan.

Terbaru, beliau dikehendaki polis bagi membantu siasatan kes penipuan menukar maklumat kad pengenalan.

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya memaklumkan Nur Sajat yang juga saksi dikehendaki hadir prosiding perbicaraan kes berkenaan di Mahkamah Ampang Jaya pada 14 Julai ini. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 23-6-2021 01:39 PM
Satu komen jahhhhh.. bodonyaaaa.. netizen yg ckp duk siam habgpa tak caye ke
Quote sharlenetexas 23-6-2021 01:47 PM
Buritan replied at 23-6-2021 01:39 PM
Satu komen jahhhhh.. bodonyaaaa.. netizen yg ckp duk siam habgpa tak caye ke

Bodo bodo bonder m.

Quote Cik_jantung 23-6-2021 01:48 PM
Like seriously nak cari sajat pun tak jumpa ke polis kita ni.. dh putus hubungan dengan polis2 n imigresen negara lain kah
Quote RumiMenari 23-6-2021 01:54 PM
Lebai tak sholat istiharah ke mohon petunjuk..... gittewwww propanya nak misteri2 bagai.. sikit i tak percaya yg diorang ni betul2 cari..
Quote lurve82 23-6-2021 02:00 PM
Kan dkt thailand nun…apa plak xtahu? Lepas tu klu dia migrate tmpt lain xtau la kan..xyah la kecoh pasal jantan ni…pandai2 la dia balik nanti…
Quote Suchi 23-6-2021 02:03 PM
Edited by Suchi at 23-6-2021 02:06 PM

Pergi lantaklaah dia!!
Bukan boleh hilangkan covid pun kalau dapat tangkap dia
Senang cite buang je kewarganegaraan dia biar je dia jadi stateless
Dan tak payah amik tau lagi pasal dia.
Buang masa buang duit! Satu benda pun takleh buat!


Semua gagal, semua tak tau nak selesaikan masalah.
Quote tripleid 23-6-2021 02:18 PM
Niat nak malukan sajat dlm lokap..ujung2 sendiri yg malu,dah mcm org bodoh nak cari maknyah sorang pun x jumpa2
Quote CiliPadiSedap 23-6-2021 03:00 PM
baik lebai settlekan masalah sampai viral ada dapat bantuan gereja. habiskan zakat bantu mereka perlukan.

kaka masih percaya majlis agama negeri2. mereka mmg ada authority. lg satu kaka nak carutkan siapa dapat pinjaman bantuan tu especially bantuan pelajaran tolong bayar semula.

tu duit zakat orang ramai. ada gaji bayar sikit2 naik gaji bayar lebih. jgn sebab segelintir perangai tak mahu bayar semula last2 rosak nama zakat dan yang berhak tak dapat hak. begitu juga ptptn.

guna kan kemudahan ada untuk kebaikan bukan guna joli beli smartphone , pergi cuti dengan awek lah apa. bantuan pelajaran guna elok2 untuk belajar.

Quote kotakominami 23-6-2021 07:03 PM
Tolong lah sape sape yang tau tu bagi je koordinat kat depa ni....kesian sgt nih sampai kebingungan tak jumpa...
Quote giyomi 23-6-2021 07:07 PM
nak seribu daya ...tak nak seribu dalih...dunia dah canggih kes camne pon da dimisterikan.
Quote Dovahkiin 23-6-2021 07:10 PM
Da carik rumah siti kasim?
Quote cupu 23-6-2021 07:13 PM
Hebat betul sajat..mungkin ke sajat ni sbnrnya seorang agen perisik...nmpak je bodo bodo tapi hebat mengundercoverkan dirinya...

Sajat masih main ig kah?
Quote kakigojes 23-6-2021 07:14 PM
Aku baca “bengong” instead of “bingung”, yg lawaknye dua2 kata adjective make sense… gitu
Quote Kadaisaku 20-8-2021 10:39 AM
Kes yg terang lagi nyata camni pon lembab nak settle. Agaknya ada menteri or ngo yg cover ke status lgbtq dlm mesia ni?

Pondan sekor ni semua lolos heran jugak aku
Quote Simunggu 20-8-2021 11:35 AM
Sajjad keluar sebagai calon PM-9
Quote TeropongThaico 20-8-2021 12:03 PM
Dah le tu. Fokus yg lebih penting le pulak. Biar je dia. Penat nyorok nnt kuar le tu. Haa masa tu tak yah nak bg warning ke apa, cekup terus. Janji pastikan waran tak expired la. Eh waran ade expired ke?

Ni ramai lg yg buat masalah yg sama macam mana lak ceritanya

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 12:48 PM GMT+8 , Processed in 0.038360 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top