CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Punyalah Canggih- Pangsapuri 10 Tingkat Siap Hanya Dalam Masa 28 Jam

23-6-2021 01:40 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4948| Komen: 27

Beijing: Broad Group, pemaju berpangkalan di China mencipta sejarah apabila berjaya menyiapkan projek pembinaan bangunan pangsapuri 10 tingkat dalam tempoh 28 jam dan 45 minit.


Republic World melaporkan, pemaju itu berjaya membangunkan bangunan pangsapuri itu dalam tempoh lebih sehari saja.

Syarikat itu dikatakan menggunakan unit modular bersama-sama yang dikenali sebagai Living Building System.

Video pembinaan berdurasi hampir lima minit dikongsikan di saluran YouTube pemaju itu pada 13 Jun, dengan rakaman menunjukkan keseluruhan struktur itu dibina dengan pantas.

Foto: Agensi

Menerusi reka bentuk modular pasang siap, Broad Group dapat membina bangunan pangsapuri 10 tingkat dalam 28 jam 45 minit.


Perkongsian Broad Group di YouTube juga menyatakan pembinaan membabitkan ukuran kontena standard, pengangkutan murah di seluruh dunia dan pemasangan dilakukan di lokasi.

Pasti ada yang akan mempersoalkan bagaimana pemaju berpusat di Changsha itu membina bangunan itu dalam jangka pendek.

Hakikatnya, ia dibantu teknologi sistem pembinaan pasang siap dengan kaedah memasang unit modular serba lengkap yang dibina terlebih dahulu di kilang.

Sebuah laporan oleh New Atlas bertarikh 16 Jun mendedahkan bangunan pasang siap dirancang untuk 'disatukan' dalam tempoh yang cepat.

Modul bangunan yang kelihatan seperti bekas besar pertama kali dibina di kilang Broad Group dan diangkut ke tapak bangunan dengan trak dan disusun mengikut keperluan.

Salah satu faktor yang paling menarik mengenai sistem ini ialah setiap modul bangunan mempunyai dimensi yang sama dan ia menjadikannya mudah alih.

Syarikat itu mendakwa menggunakan kepingan keluli untuk elemen struktur yang 10 kali lebih ringan dan 100 kali lebih kuat daripada kepingan konvensional yang biasa digunakan.

Broad Group terkenal kerana keupayaannya menyiapkan projek penting dalam tempoh dua kali lebih cepat.

Pada 2015, syarikat itu menyelesaikan pembinaan menara setinggi 57 tingkat menggunakan Living Building System yang siap dalam tempoh hanya 19 hari. -CARI

Sumber: Harian Metro
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote miszclassique 23-6-2021 09:47 AM
Scary nya...agak2 sebelum dirikan bangunan dah buat test gempa bumi belum
Quote KIM.K 23-6-2021 10:23 AM
1 tingkat kurang 3 jam. Dah siap kot tiap2 level, just pasang macam lego
Quote Potpouri 23-6-2021 10:27 AM
KIM.K replied at 23-6-2021 10:23 AM
1 tingkat kurang 3 jam. Dah siap kot tiap2 level, just pasang macam lego

Kalau baca article tu begitu lah.. setiap unit dah siap cuma perlu cantum2 je..
Quote KIM.K 23-6-2021 10:31 AM
Potpouri replied at 23-6-2021 10:27 AM
Kalau baca article tu begitu lah.. setiap unit dah siap cuma perlu cantum2 je..

Modular construction ya. I can onli imejin
Quote kehcik_evil 23-6-2021 10:32 AM
by cara memang nampak scary tp kalo ikut teknologi posible je..pre cast lagi bagus dari cast in situ concrete.
Quote JohnyEnglish 23-6-2021 10:52 AM
harap2 btahan 28 hari
Quote wirazam 23-6-2021 10:53 AM
Bagus China nih..
Dari segi teknologi, mmg awesome..teknologi tiptop
Dari segi kualiti..X tahu..maybe ada jenis AAAA,AAA, AA Dan A kot...

Hopefully ada company Malaysia yg dpt teknologi ni..Aku harap sgt Lembaga Perumahan Negara dpt teknologi ni dan masa nak implement, jaga kualiti betul betul..mana tahu harga rumah akan kembali stabil..boleh dpt dlm 70k-80k utk teres 3 bilik 2 bilik air mcm 20 tahun lalu...masa tu gigit jari lar kontraktor kontraktor besar besar yg selama nih markup harga gila gila...
Quote saden 23-6-2021 12:02 PM
Groundworks (korek, piling, culvert, tarik api, air) siap berapa jam?
Quote otomen_taro 23-6-2021 12:05 PM
sembang jdr china ni.. dtg msia buat projek sini pun kelaut.. haha
Quote Artemesiaa 23-6-2021 12:09 PM
Katanya tahan gempa juga apa pun hanya masa yang boleh membutikannya
Quote phonon 23-6-2021 12:09 PM
wirazam replied at 23-6-2021 10:53 AM
Bagus China nih..
Dari segi teknologi, mmg awesome..teknologi tiptop
Dari segi kualiti..X tahu..ma ...

Bina laju sgt pon tak semestinya bagus atau practical..... nih utk rekod jer....

teknologi pembinaan modular nih mmg dah ada kat malaysia.....

yg penting ialah binaan yg berkualiti dan siap seperti yg dijadualkan.....

bina laju2... kejap lagi penuh defect jer.... baik tak payah.......
Quote green~tea 23-6-2021 12:09 PM
Edited by green~tea at 23-6-2021 12:20 PM
saden replied at 23-6-2021 12:02 PM
Groundworks (korek, piling, culvert, tarik api, air) siap berapa jam?

i rasa tak termasuk groundwork, piling sume tu... dia dikira bawa the modular parts  dari manufacturing site, then dipasang kat site..

mcm2 technology skang ada.. selain dari modular technology tu... ada juga smart bricks (recycled plastics), ringan, tp tough material, cara pasang pun just slot in je.. tp iols sangsi plak dengan toxicology plak
Quote ultra78 23-6-2021 12:11 PM
Bab ni aku respect China. Sebab boleh buat rumah modular.Acuan memang dah siap di kilang,cuma perlu assemble di site sahaja. Compared dengan projek sampai 3 tahun nak bina rumah. Kos pekerja selama 3 tahun tu dah berapa. Belum campur kos barang construction nak dibawa masuk ke construction site. Kalau nak bercakap pasal defect, rumah yang bina cara konvensional pun tak kurang juga defect dia, hinggalah dinding pun boleh senget.

Kalau nak kurangkan kos rumah, inilah caranya.
Quote genUmi 23-6-2021 12:11 PM
sukar utk percaya

siap 100% kah termasuk elektrik, paip, kumbahan semua etc etc


nak bina reban ayam pun amik masa
Quote ninja9 23-6-2021 12:11 PM
Ketahanan dlm jangka masa yang sama macam mana?  Memang tak stabil kah?
Quote helicornia 23-6-2021 12:33 PM
harap teknologi ini diperkenalkan di malaysia. tk perlu lagi amik pekerja asing utk construction. aku pernah jumpa sorang cina ni, dia kata dia pernah cuba perkenalkan sistem pembinaan yang cepat guna teknologi, tapi agensi kerajaan mcm cidb tak minat pun
Quote wirazam 23-6-2021 01:18 PM
helicornia replied at 23-6-2021 12:33 PM
harap teknologi ini diperkenalkan di malaysia. tk perlu lagi amik pekerja asing utk construction. ak ...

Patutnya dengar dulu dan tgk ok ke tidak..Aku rasa utk rumah banglo sesebuah ok sgt nih..katakan boleh dpt dlm 70k -80k sebiji..pastu balance  tambah dlm 70-80k utk tanah lot saiz 6000k..balance tanah Tu boleh buat homeowner bercucuk tanam sayur sayuran..
Tapi kena buat rulelah jgn nak renovate fizikal rumah Sana sini..hilang nilai estetika lot Perumahan Tu..
Quote anony-mous 23-6-2021 01:25 PM
Jadi bukan lah 28jam pon klau ko include nk siapkan unit modular tu dkt kilang. Sembang......
Quote anony-mous 23-6-2021 01:27 PM
helicornia replied at 23-6-2021 12:33 PM
harap teknologi ini diperkenalkan di malaysia. tk perlu lagi amik pekerja asing utk construction. ak ...

Cidb xminat sbb nanti xboleh mkn duit rasuah dah agknya. Cidb ni xtau la berapa byk depa sauk masuk poket.

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 12:29 PM GMT+8 , Processed in 0.723973 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top