Wawa Zainal mendedahkan mengambil masa lama untuk memilih pelakon bagi membintangi filem pertamanya. Kata pelakon dan usahawan itu, dia terkilan kerana ramai aktres menolak tawarannya untuk berlakon dalam filem Sabda Kekasih.
Jelas Wawa, tawaran berlakon itu ditolak bukan kerana bayaran sebaliknya tidak yakin dengan syarikat produksi miliknya dan suami, Aeril Zafrel yang baru setahun jagung dalam industri seni. "Syarikat saya dan Aeril iaitu Respected Citizen Production Sdn Bhd memang masih lagi baru dan filem Sabda Kekasih adalah produk sulung kami. "Mungkin disebabkan itu ramai yang masih was-was dengan kemampuan kami. Rasanya bukan disebabkan oleh bayaran. "Mungkin juga alasan disebabkan berlakon di samping Wawa Zainal dan perlu membawakan watak kedua. Apapun kami bersyukur kerana mendapatkan seorang pelakon yang tidak kurang hebatnya iaitu Sharifah Husna," katanya kepada Suara Merdeka.
Bagaimanapun, mereka bersyukur apabila dipertemukan dengan Sharifah Husna menerusi Instagram yang berjaya membawakan watak itu. "Aeril yang nampak dia di Instagram dan kemudian, kita nampak memang Sharifah Husna boleh membawakan watak tersebut dengan baik sekali," katanya.
|
sharlenetexas replied at 23-6-2021 04:09 PM
Sape funder?
anony-mous replied at 23-6-2021 04:43 PM
Xminat 2 ketul ni. Tp tgk suntingan mcm cantik
ADVERTISEMENT