CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

2 Biji iPhone Ke Mana, RM4,645 Melayang Penuntut Kolej Ditipu

23-6-2021 04:09 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2193| Komen: 15

Minta wang selagi boleh. Itu antara modus operandi sindiket penipuan yang menjerat mangsa melalui penjualan barang di internet sehingga mangsa mengalami kerugian ribuan ringgit.

Selepas mangsa membuat pembayaran untuk sesuatu barang yang dibeli, suspek akan meminta mangsa membuat pembayaran lain atas pelbagai alasan dan proses itu akan berulang beberapa kali sehingga mangsa sedar sudah ditipu.


Dalam kes terbaharu, seorang penuntut kolej di daerah ini berusia berusia 20 tahun kerugian RM4,645 selepas ditipu dalam pembelian dua buah iPhone pada 21 Jun lalu.


Gambar hiasan

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, mangsa berminat membeli dua buah telefon jenis iPhone 7 Plus dan iPhone 11 Pro yang dilihat dalam iklan di laman sosial Instagram.

“Mangsa menghubungi suspek dan membuat pembayaran sebanyak RM1,398 untuk dua telefon berkenaan melalui pemindahan wang secara dalam talian kira-kira pukul 10.29 pagi.


“Pada hari sama, pukul 11.27 pagi, mangsa menerima pesanan WhatsApp daripada suspek meminta untuk membuat pembayaran kali kedua sebagai bayaran jaminan kastam sebanyak RM1,100,”katanya.

Beliau memberitahu, pada pukul 12.39 tengah hari sekali lagi mangsa diminta untuk membuat pembayaran sebanyak RM900 dan mangsa membuat pembayaran kira-kira sejam kemudian.

Tambahnya, pada pukul 3.41 petang, mangsa sekali lagi menerima pesanan WhatsApp daripada suspek memintanya membuat bayaran sebanyak RM1,247 sebagai yuran mengaktifkan ‘Smart Card Member’ dan bayaran dibuat tiga jam kemudian.

Ujarnya, mangsa akhirnya menyedari ditipu dan tampil membuat laporan polis berhubung kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. 


Sumber: K! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mclaren 23-6-2021 04:15 PM
Edited by mclaren at 23-6-2021 04:19 PM

Kenapa lah berani nak beli kat FB lah Instagram lah. Belilah kat Shopee le Lazada ke

Boleh confirm authenticity. Baca past reviews. Kalau dapat and check tak authentic boleh request refund.
Quote reen8601 23-6-2021 04:18 PM
kalau boleh beli la dari authorised dealer jgn percaya sgt dgn fb n ig ni
my 20percent opinion
Quote ultra78 23-6-2021 04:24 PM
Mudahnya percaya dengan org di instagram
Quote mikasa 23-6-2021 04:29 PM
Aku kalau seller mintak deposit sebelum cod pun tak layan terus
Quote matamata 23-6-2021 04:30 PM
Mostly yg membeli ni pun rasa dia pandai....konon2 bijak   cari Iphone murah...blh la nanti belagak...jenis mcm ni mmg takkan  dengar nasihat...dah byk contoh kes mcm ni tp  degil
Quote dubuk 23-6-2021 04:44 PM
lalat pun tak berani hinggap kat iphone
Quote Ciktiekus 23-6-2021 04:44 PM
mikasa: Aku kalau seller mintak deposit sebelum cod pun tak layan terus

Betul..dgr ayat nk lepas kastam tu pn xleh pecaya dah..ayat recycle scammer2..
Quote mclaren 23-6-2021 05:13 PM
mikasa: Aku kalau seller mintak deposit sebelum cod pun tak layan terus


COD pun still boleh tipu kan? Bagi fake phone? Ke,  biasanya yang beli COD ni buka bungkusan dulu dan test sebelum bayar courier? Tak pernah beli by COD tu tanya ni
Quote Nenolen 23-6-2021 05:19 PM
Jadilah pengguna yg bijak...sila peka dengan isu semasa...jgn biar papa asal bergaya...
Quote Artemesiaa 23-6-2021 05:24 PM
Belilah dari kedai atau platform atas talian yang boleh dipercayai dan terbukti tak menipu dari beli dari media social yang tak pasti lagi akan kebenarannya
Quote salmon-suki 23-6-2021 09:12 PM
Alahaiii..senangnye kena tipu .cari laa OS ke..nak beli brg brand tp harga murah drpd pasaran,mmg selamat laa ditipu..{:smile

Ckp bodoh kang marah..tapi...hmmm...
Quote doubleharmonic 24-6-2021 08:13 PM
gedik nak menayang pakai ipon ke dek? hujung2 menayang kebodohan jah mampu?
Quote Babai 24-6-2021 08:29 PM
Banyak duit student
Quote BicaraHatiku 24-6-2021 09:11 PM
It is too good to be true .... red flag dah tu murah giler x masuk akal.  
Quote None68 24-6-2021 09:55 PM
Tgh2 mcm gini masih lagi menipu kot kena covid langsung mati baru tau diri.

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 09:05 PM GMT+8 , Processed in 0.058303 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top