Wanita yang mengaku melahirkan 10 bayi kembar sebelum ini ditahan di wad psikiatri di Hospital Tembisa di Johannesburg. Lapor Daily Mail, Gosiame Sithole menjalani rawatan psikiatri sehari selepas pasangannya, Tebogo Tsotetsi tidak mempercayai wanita itu melahirkan bayi tersebut.
Wanita berusia 37 tahun itu ditahan di rumah saudaranya di bandar Rabie Ridge, awal pagi Khamis lalu. Dia kemudian dihantar ke balai polis berdekatan Chloorkop sebelum diserahkan kepada pekerja sosial yang kemudian menahannya di hospital bagi menjalani ujian penilaian itu. Spekulasi mula timbul selepas hospital yang didakwa Sithole melahirkan anak menafikan perkara itu. Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Mediklinik Medforum di Pretoria, Dr. Mathabo Mathebula mengesahkan tiada fasiliti miliknya terlibat dalam rawatan obstetrik dengan pesakit itu.
“Wanita itu tidak pernah berada di hospital ini. Kami tidak tahu mengenai latar belakangnya,” katanya. Wanita itu mengecam ayah kepada anak-anaknya kerana tidak mempercayai kandungan kembarnya wujud. Katanya, Tsotetsi ingin menjadi kaya daripada kelahiran yang memecah rekod itu dan hanya memikirkan tentang sumbangan yang mampu diperoleh dari seluruh dunia. Sumber: Utusan
|
Suchi replied at 23-6-2021 07:50 PM
Dah tu yg dia bergambo sebelah suami dia tu tak penah tgk perut dia ke?
ADVERTISEMENT