CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Nak Nasi Goreng Pattaya Tapi Tak Nak Telur, Macam Mana Tu?

23-6-2021 05:27 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4324| Komen: 19

Menerusi video di aplikasi TikTok, timbul tanda tanya apabila seorang pelanggan meminta supaya nasi goreng Pattaya yang dibelinya tidak diletakkan telur dan sos.

Tukang masak, Hafiz Zulkifli berkata, pelanggan itu membuat pesanan bersama dua lagi menu iaitu nasi goreng kambing dan nasi goreng ayam goreng kunyit secara online daripada restorannya di Jerantut, Pahang, pada minggu lalu.


Pemuda berusia 30 tahun itu mengakui terkejut dan keliru sebaik melihat nota pesanan ringkas yang ditunjukkan peranti tempahan untuk tujuan penghantaran.


Gambar hiasan/TikTok

"Kebiasaannya pelanggan yang membeli nasi goreng Pattaya ini akan request untuk tak nak sayur atau sos cili sebab ada yang tak suka makan sayur atau pedas. Tapi bila pelanggan tak nak telur tu memang keliru.

"Menerusi servis penghantaran ni, kami tak dapat berhubung dengan pelanggan. Jadi, kami minta rider tolong tanyakan kat pelanggan apa sebenar request yang dimaksudkan tu.


"Sebenarnya bila terima order daripada pelanggan, kami terus menyiapkannya sebelum rider datang. Bila rider sampai, dah boleh ambil order dan hantar terus kepada pelanggan.

"Tapi untuk order yang pelik ni, kami terpaksa tunggu dulu untuk pengesahan daripada pelanggan," katanya kepada mStar.

Menurut anak kelima daripada enam beradik itu, kejadian seumpama itu pertama kali berlaku sejak restoran berkonsepkan masakan Thai beroperasi sejak 2016.

Mengulas lanjut, dia perlu mendapatkan pengesahan pelanggan terlebih dahulu bagi mengelakkan sebarang kesulitan membabitkan premis dan penghantar makanan.

"Servis ni ada rating. Kalau kami buat lain, tapi pelanggan sebenarnya nak lain... nanti boleh jejaskan rating kami. Kalau orang lain nak order kat apps pun akan tengok rating.

"Kalau rating tak cantik sebab kedai beri servis yang kurang memuaskan, mesti pelanggan lain tak nak order di kedai tu. Jadi, kami perlu pastikan servis kami sentiasa terbaik," ujarnya sambil menambah bisnes tersebut turut diusahakan bersama dua lagi adik beradiknya.

Selepas mendapat pengesahan, Hafiz yang merupakan bapa kepada kepada tiga cahaya mata itu menjelaskan rupa-rupanya terdapat kesilapan di pihak pelanggan.




"Pelanggan tu sebenarnya tak nak sayur, tapi dia tersilap tulis kata tak nak telur. Itu yang pelik, kalau tak nak telur boleh saja dia order nasi goreng lain yang bukan Pattaya.

"Bila dah confirm, barulah saya masakkan untuk pelanggan. Selama 10 minit rider kena tunggu untuk saya siapkan order tersebut.

"Tapi OK la rider pun nanti hantar order yang betul. Kami ni berpegang pada prinsip 'customer is always right'. Kalau rasa ada yang kekeliruan atau kesilapan, adalah lebih baik dapatkan pengesahan dulu untuk pastikan servis kekal terbaik," katanya.


Sumber: mStar
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aderaderker 23-6-2021 05:57 PM
Boleh pulak gitu ek
Sayur ngan telur jauh nau beza..
Quote shernazz 23-6-2021 06:00 PM
Kawan.iols.plak ada customer.order foodpanda dia..bagi notes mcm.ni

Nasi lemak.paru tapi tak nak.nasik..

Rupanya dia.nak.sambal paru tu aje..
Quote Perawankota 23-6-2021 06:23 PM
Pelik2 request nya pon
Quote dubuk 23-6-2021 07:32 PM
tu namanya nasi goreng patpenampo
Quote any42 23-6-2021 08:14 PM
Ooo nasi goreng notello
Quote salmon-suki 23-6-2021 09:26 PM
shernazz: Kawan.iols.plak ada customer.order foodpanda dia..bagi notes mcm.niNasi lemak.paru tapi tak nak.nasik..Rupanya dia.nak.sambal paru tu aje..

Lorr..hahaha..xde jual loose ke sambal paru tu?{:smile ni first time dgr haa..hahahaahah
Quote Carcosa 23-6-2021 09:52 PM
Sian plk rider kena nunggu, semata2 kerana jari kau lembam mcm Ina Naim Nyusahkan orang je
Quote Mary_jane 24-6-2021 12:01 AM
Sedapnya pattaya seafood.
Quote fly_in_d_sky 24-6-2021 07:05 AM
apa sedapnya makan nasi goreng pattaya takde sayur?
Quote msamyrazi 24-6-2021 08:34 AM
Edited by msamyrazi at 24-6-2021 08:37 AM

nie mesti kes terlebih lapor maka sel2 otak tak berhubung. teringat pulak kat member i masa kami pi pasar malam 2019 kot, dia nak order roti john chesse .  dia pun cakap kat abang yang jual roti john dengan penuh semangat dan keyakinan yang maha tinggi : bang saya nak roti john chesse satu tapi tak nak roti , muka abang tu dengan i macam . lepas tu i pon cakap : maksud kawan saya nie : dia nak roti john chesse tapi TAK NAK SAYUR  . dapat  tak bayangkan perasaan i masa tu dok tahan gelak . sampai je rumah , i bantai gelakkan member sampai berair mata. lepas tu tobat member tu nak beli roti john . member i tu memang selalu typo dalam percakapan tapi selalu jadi depan i je , tu lah kali pertama jadi depan org lain.
Quote JohnyEnglish 24-6-2021 09:51 AM
customer tu dh ada telur buat ape nk oder telu lg.bazir jah
Quote Adrif 24-6-2021 01:04 PM
naluri kuat mengatakan pelanggan tu main-main je dengan order

tapi salute la dekat brader ni. betul professional dia handle.

off topic. bestnya dapat buat family bisnes.. teringin nak usahakan dengan adik-beradik
Quote TomyamPuteh 25-6-2021 05:39 PM
Bahana pkp
Quote rayray28 27-6-2021 12:51 AM
leh laaa geng dgn kiah kucai
Quote sparkly 28-6-2021 05:05 PM
ko biar betul dik

bnyk pulak songeh
Quote mijot 30-6-2021 06:39 AM
typo lah ni
Quote heythere123 31-7-2021 10:33 PM
nasib  baik penjual ni bukan jenis cepat melatah

Quote heythere123 31-7-2021 10:33 PM
bagus, seller yg ada common sense and pelanggan yang tak cepat melenting jugak
Quote mylia 31-7-2021 11:05 PM
Nasi goreng pattaya dh la xberapa ada rasa. Xde telo ngan sos, lagi xde rasa

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 09:08 PM GMT+8 , Processed in 0.071364 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top