CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mati Ditikam Sebab Sering Ejek Rakan Tak Kacak

23-6-2021 06:23 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3369| Komen: 21

Akibat sering diejek tidak handsome, lelaki berusia 27 tahun berdendam dan tekad membunuh rakan sekerjanya di gudang kilang air mineral di Deliserdang, Sumatera Utara, Indonesia.

Lelaki dikenali sebagai Z dikatakan berniat untuk membunuh rakannya, Rendy Alias Bagong kerana berasa sakit hati apabila sering diejek mengenai wajahnya yang dikatakan hodoh.



Gambar hiasan

Menurut Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Sunggal, AKP Budiman Simanjuntak, kejadian berlaku ketika suspek bersama mangsa saling mengejek antara satu sama lain di tempat kerja mereka pada 19 Jun lalu. 

Gara-gara selalu dibuli serta tidak dapat menahan sabar, suspek didakwa menikam leher kawannya itu menggunakan sebilah pisau sebelum melarikan diri.

Rakan mangsa yang melihat kejadian terus membawanya ke hospital bagi mendapatkan rawatan kecemasan, namun mangsa tidak dapat diselamatkan dan disahkan meninggal dunia.


Walau bagaimanapun, usaha suspek untuk menyembunyikan diri tidak berjaya apabila pihak polis berjaya menahannya dan suspek bakal berdepan dengan hukuman 20 tahun penjara jika didapati bersalah kerana membunuh.


Sumber: OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 23-6-2021 06:41 PM
Baca tajuk terus tau dari negara mana
Quote angelofish 23-6-2021 06:51 PM
sayang nya di bunuh..kenapa tak curah je asid.biar menderita.
Quote dani-rox 23-6-2021 07:06 PM
cuba pegi buat plastic surgery mcm mamat vietnam tempoh hari, hasilnya sgt mengagumkan... persis oppa korea ya, kalau betol lah tak pakai filter dan potosop
Quote Ciktiekus 23-6-2021 07:24 PM
Xde sakit carik penyakit..yg ejek tu muka semenggah tak..
Quote Purina 23-6-2021 07:26 PM
Kesian nye jalan hidup dia..dr jd mangsa buli berakhir pulak hidup di  lokap..
Quote sekngucing 23-6-2021 07:29 PM
Kurex replied at 23-6-2021 06:41 PM
Baca tajuk terus tau dari negara mana

sama... dah agak mesti indon haha
Quote primarikey 23-6-2021 07:44 PM
Padan muka kena tikam...ejek lg org
Quote highcastle 23-6-2021 07:46 PM
Dulu ada terbaca kes mengamuk Jaafar Patolah di Pontian yg mengakibatkan 6 orang terbunuh katanya disebabkan kes perli memerli & ejek mengejek kawan2 dia......
Quote exclusive_vvip 23-6-2021 08:10 PM
highcastle replied at 23-6-2021 07:46 PM
Dulu ada terbaca kes mengamuk Jaafar Patolah di Pontian yg mengakibatkan 6 orang terbunuh katanya di ...

haah penah baca juga psl kes jaafar tu..kes memember gi ngendap malam pertama dia kan..pastu dok ejek2 berterusan smpi dia jadi depressed agaknya...end up lead ke kes amuk..kalu baca pasal tu, i sendiri pun jadi hangin semacam dengan memember dia tu..
Quote kaedahnya 23-6-2021 08:30 PM
buat plastik surgery la pi tikam buat apa
Quote xpdckelate 23-6-2021 08:34 PM
kerana mulut badan binasa
Quote Boomibulat 23-6-2021 08:34 PM
Mirip kjadian di India..
Friska
Quote LadyCarefree 23-6-2021 08:41 PM
Apo main tikam camni. Hancur hidup ko jadik penjenayah. Ikut cara qiemkepampropa la. Buat prescon nangis2 depress sbb orang cakap xhensem.
Quote ^CUN_GILA~. 23-6-2021 08:42 PM
Edited by ^CUN_GILA~. at 23-6-2021 08:47 PM
angelofish replied at 23-6-2021 06:51 PM
sayang nya di bunuh..kenapa tak curah je asid.biar menderita.


Statement polis:

Terungkap motif pelaku melakukan pembunuhan kepada temannya.

Kata AKP Elvis, pelaku nekat melakukan hal tersebut karena kecemburuan sosial kepada korban.

Tersangka dan korban sama-sama bekerja di tempat penggilingan padi milik paman pelaku.

"Pelaku merasa sakit hati dengan mamaknya, yang memberikan kasih sayang lebih terhadap korban," jelas dia.

Tambah AKP Elvis, pelaku disangkakan dengan pasal 80 ayat 3 junto 351 ayat 3, dengan ancaman hukuman minimal 15 tahun penjara.


Sumber: TribunJakarta.com

Google Translate:

Motif pembunuhan rakannya dinyatakan.

Menurut AKP Elvis, pelaku terdesak untuk melakukan ini kerana cemburu sosial terhadap mangsa.

Suspek dan mangsa sama-sama bekerja di kilang padi milik bapa saudara pelakunya.

"Pelakunya merasa disakiti oleh ibunya, yang lebih memberi kasih sayang kepada mangsa," jelasnya.

AKP Elvis menambahkan, pelakunya didakwa dengan Artikel 80 perenggan 3 junto 351 perenggan 3, dengan hukuman minimum 15 tahun penjara.
Quote salmon-suki 23-6-2021 09:03 PM
Xde pic ke y mengejek dan y diejek tu?ai nak compare kehenseman dorg
Quote Carcosa 23-6-2021 09:24 PM
Bahahahhaahah. Baca tajuk, terus bibir ku bergerak2 mengatakan MESTI YINDONNNNN
Quote angelofish 23-6-2021 09:38 PM
salmon-suki replied at 23-6-2021 09:03 PM
Xde pic ke y mengejek dan y diejek tu?ai nak compare kehenseman dorg

ai membayangkan gigi kedua dua nya ke depan
Quote salmon-suki 23-6-2021 09:39 PM
angelofish replied at 23-6-2021 09:38 PM
ai membayangkan gigi kedua dua nya ke depan

Hahahaha..kalau gitu,helok double kill jelaa.. alang2 dah bunuh org y mengejek,suicide terus sbb dah komfem2 masuk jail kan.. kekeke~
Quote I.K.A888990 24-6-2021 02:02 AM
tak ada hal cari hak so nasib la

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 02:34 PM GMT+8 , Processed in 0.040830 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top