Mexico City: Seksa sebelum gantung. Itu tindakan kejam kartel dadah pernah diketuai Joaquin 'El Chapo' Guzman iaitu Kartel Sinaloa terhadap musuh mereka.
Media tempatan melaporkan, mangsa ditemui digantung di jambatan di bandar Fresnillo di Zacatecas, negeri di utara Mexico, pada 19 Jun lalu. Pembunuh meninggalkan mayat mangsa dalam keadaan separuh bogel. Beberapa hari sebelumnya, anggota Kartel Sinaloa menyoal siasat tiga askar daripada kumpulan musuhnya, Jalisco New Generation Cartel (CJNG). Mangsa kemudian dipercayai diseksa sebelum diikat di jambatan, lapor Infobae. Permusuhan kedua-dua kumpulan penjenayah itu sudah berlanjutan selama bertahun-tahun.
Beberapa kali, kedua-duanya 'berperang' untuk mengawal laluan perdagangan dadah ke Amerika Syarikat. Kejadian terbaharu itu dipercayai sebahagian daripada 'Operasi MZ' Kartel Sinaloa. Ia diumumkan Oktober lalu menerusi surat oleh ketua Kartel Sinaloa, Ismael 'El Mayo' Zambada. Dia mengambil alih kartel itu sejak pemimpin kumpulan itu, El Chapo diekstradisi dan kini dipenjarakan di Amerika Syarikat. Dalam pesanan video, beberapa lelaki bersenjata mengancam pegawai tempatan dan memberi amaran 'kepala akan bergolek di wilayah dikuasai CJNG'. Pakar kartel dan bekas polis persekutuan AS, Robert Almonte berkata, dia percaya kejadian sama akan berlaku bukan hanya di Zacatecas. Katanya, operasi itu diarahkan pemimpin tertinggi Kartel Sinaloa dan ia dipersetujui oleh El Mayo. Katanya, usaha itu mungkin membabitkan ratusan orang termasuk penguat kuasa undang-undang serta pegawai tentera yang mengambil rasuah. Media sebelum ini melaporkan tujuh mayat ditemui di Zacatecas, Disember lalu, dipercayai dibunuh oleh Kartel Sinaloa. -CARI Sumber: Harian Metro
|
naina replied at 24-6-2021 10:40 AM
Dasat sangat ya. Jahat dan kejam. Patutnya pemimpin tegas serbu semua markas Dorang dan tembak je se ...
dudaberhias replied at 24-6-2021 12:09 PM
Khen kaka, buat macam filipina. Last2 aman je filipina. Buat apa nak simpan lagi sampah sarap semu ...
naina replied at 24-6-2021 10:40 AM
Dasat sangat ya. Jahat dan kejam. Patutnya pemimpin tegas serbu semua markas Dorang dan tembak je se ...
dani-rox replied at 24-6-2021 10:14 PM
Kartel CJNG pun 2x5 ganas.
Minggu lepas ai tengok bideo mcm mana dia org tangkap salah sorg leader ...
pu3_rania replied at 25-6-2021 06:55 AM
Kejam dan dasyat
Kalau tak silap pernah baca ada bekas2 polis & tentera yang tubuhkan kumpulan el ...
ADVERTISEMENT