Tidak lama dahulu, diva terkenal Indonesia, Krisdayanti atau KD pernah menggemparkan ramai dengan pengakuan melakukan suntikan asid deoksiribonukleik (DNA) ikan salmon pada wajah untuk kecantikan.
Tidak mahu kalah, kini seorang lagi selebriti seberang, Barbie Kumalasari mengikut jejak langkah KD mengambil suntikan DNA salmon pada wajah untuk kekal awet muda. Ujar pelakon sinetron Nabil dan Nabila itu, dia melakukan suntikan DNA salmon demi mendapatkan kulit yang cerah selain ingin kelihatan cantik. “Saya jadi tertarik apabila mengetahui Krisdayanti melakukan suntikan DNA salmon. Hasilnya anda boleh lihat sendiri penampilan dia pada saat ini. “Saya juga ingin kelihatan cantik seperti dia (Krisdayanti),” katanya.
Tambahnya lagi, dia harus cantik dan menarik, terutama selepas muncul dengan sebuah single baharu bersama penyanyi Aldi Taher. “Saya juga tidak mahu kalah. Saya juga diva seperti Krisdayanti,” katanya. -CARI Sumber: Kosmo Online
|
ADVERTISEMENT