CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dah Tak Sanggup Menunggu, Aliff Syukri Tertekan Tak Dapat 'Enjoy'

25-6-2021 09:08 AM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 7955| Komen: 43|Original author: Oleh: LilRose

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dilaksanakan, semakin ramai rakyat Malaysia mengalami tekanan perasaan.

Baru-baru ini, seorang lelaki mengurung isteri dan anaknya dek tertekan kerana tiada pekerjaan semasa PKP.



Kredit foto: IG

Justeru, luahan perasaan usahawan kosmetik terkenal Datuk Seri Aliff Syukri menimbulkan kemarahan sesetengah pihak.

Menerusi Instagram, dia mempersoalkan situasi pandemik di Malaysia yang menyebabkan kesukaran bergerak.

Bagi Aliff yang sering bercuti ke luar negara, perkara itu membuatkan dia bersedih.

Katanya, dia dah tak sanggup nak menunggu hingga semua sektor beroperasi pada hujung tahun seperti yang dijangka.

"Tak boleh pergi ke luar negara, dapat shopping di Pavilion pun saya dah happy.

"Ni rumah saya kat Pavilion, nak pergi Pavilion pun tutup. 


"Rasa tak sanggup nak tunggu bulan 10. Kenapa boleh jadi macam ini Malaysia?" soalnya.


Kredit foto: IG

Membandingkan situasi Malaysia yang masih aman dengan rakyat Palestin yang kehilangan tempat tinggal dan hidup dalam ketakutan akibat perang dengan Israel, warganet menasihatkan Aliff supaya bersyukur.

Malah, mereka juga meminta Aliff lebih sensitif kerana tindakannya itu boleh membuat orang lain yang terkesan teruk akibat PKP makan hati dengannya.


Kredit foto: IG

Lockdown kita tak serupa. - CARI
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Ferr_Remy 25-6-2021 09:25 AM
Idola pprt Meleis... Org camni yg duk dipuja2.
Quote manehnya 25-6-2021 09:25 AM
Org yg lagi kaya pada dia ni pun x bising mcm ni
Quote bakingsoda 25-6-2021 09:33 AM
semoga melingkup baru ko tau erti bersyukur alip ponen
Quote laksmanabentan 25-6-2021 09:35 AM
bakingsoda replied at 25-6-2021 09:33 AM
semoga melingkup baru ko tau erti bersyukur alip ponen

Aminnn....
Quote degrandlite 25-6-2021 09:39 AM
Bersabar je la. Kalau masing2 patuh SOP, kes covid berkurangan.. then dapat la kembali kpd kehidupan sebelum ni.

Ni sibuk nak pergi overseas, nak p shopping, nak itu nak ini. Tp SOP masing2 kelaut mcm mana tu?
Quote sarah82 25-6-2021 09:51 AM
Aku rela ikut sop dari jadi penyebab kepada penularan wabak hanat ni..
Quote epal_putih 25-6-2021 09:56 AM
bila OK bersuara... org lain dok pikir nak survive
Quote harkktuih 25-6-2021 10:10 AM
huduhnya jaket ittew
Quote merrissa 25-6-2021 10:27 AM
dia ni pakai baju mewah mcm mn pon stil nmpk kampong
Quote twins 25-6-2021 10:32 AM
degrandlite replied at 25-6-2021 09:39 AM
Bersabar je la. Kalau masing2 patuh SOP, kes covid berkurangan.. then dapat la kembali kpd kehidupan ...

betul... kalau rasa nak cepat 'bebas' dari pandemik ni... rakyat Malaysia kena patuh ikut sop..
jgn sibuk nak salahkan pihak lain bila masih begini.... negara luar yg mana dah mula bebas tu dorang ikut gila2 sop..
tapi kita ?... tak bg balik kampung sbb nak bendung penularan... kita mengamuk sakan.. makin hamun kjaan & tetap juga seludup balik ikut jalan tikus ke lubang tikus ke... segala macam usaha ttp nak balik.  Bila dah jadi peningkatan kes... boleh pulak salahkan pihak lain... tetap tak rasa diri bersalah.  Ni lagi satu tengah bengang ni.. kjaan tutup taman2 rekreasi nak elakkan pelanggaran sop... tetap ada mangkuk ayun sekor dua ekor yg tetap jugak melepak kat situ... bila kena saman nanti mengamuk marah polis...  baru 2 hari lepas nampak remaja 2 org kena saman sbb lepak kat taman rekreasi.. smlm ada 4 orang selamba jer bersenam pulak kat tempat yg sama....   habis kalau mcm ni gaya memang dalam dunia ni negara lain dah bebas.. malaysia masih terkial2 nak educate mangkok2 yg degil ni....
Quote ImpianSeroja 25-6-2021 10:43 AM
Ala tok..tak dpt g pavilion..umah pun dah mcm pavilion.. ronda2 je la kawasan umah tu dato
Quote rain2169 25-6-2021 01:25 PM
ya Allah... sumpah weiii aku tergelak tengok baju dia....
serious....?? dia gi shopping pakai cenggini???
Quote dudaberhias 25-6-2021 01:28 PM
harkktuih replied at 25-6-2021 10:10 AM
huduhnya jaket ittew

Dia pakai secara auto huduh, iols pernah tengok laki cina pakai, herlok n smart jah. Dia ni pakai terus persis pakcik nak pergi dusun kutip durian.
Quote slyfynx 25-6-2021 01:46 PM
Money can't buy class
Quote iolss 25-6-2021 04:53 PM
Toklip, ptt bsyukur masih bnafas..
Quote nakkomenjugak 25-6-2021 04:54 PM
Ha bak sini laaa kekayaan kau! Aku mintak 20% pun takpe, aku pun dah sesak dah ni
Quote teletubis 25-6-2021 05:20 PM
Tak reti bersyukur.. Boleh bergerak badan sihat pun dah cukup baik
Quote sofinamini 25-6-2021 05:29 PM
eleh beli jek la online . nak apa semua boleh . LV ada Chanel ada . boleh la buat unboxing sambil2 meriak pastu nasihat natizen nie duduk rumah pun boleh shopping mewah mewahhh . itu pun nak kena ajar ke........
Quote TomyamPuteh 25-6-2021 05:32 PM
Oh my idol

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 05:03 PM GMT+8 , Processed in 0.117110 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top