Seorang lelaki di Indonesia bertindak mencabut atap rumah bekas isterinya selepas mereka sah bercerai sebagai persetujuan pembahagian harta sepencarian, lapor beritajatim.com. Kejadian berlaku di Desa Carangrejo, Kabupaten Ponorogo, Jawa Timur apabila si isteri bernama Anjar yang pulang ke kampung selepas enam bulan bekerja di Hong Kong meminta cerai dari suaminya, Agus.
Sebaik sahaja disahkan bercerai, mereka berdua menemui kata sepakat tentang bagaimana hendak membahagikan harta sepencarian sepanjang berkahwin selama 10 tahun. “Agus cuma mahukan kayu yang menjadi atap rumah kelamin mereka kerana itu adalah milik orang tuanya. “Jadi, kerja-kerja mencabut atap dijalankan di rumah tersebut tanpa diganggu bangunannya kerana tapak tanah milik ibu bapa Anjar,” kata Setiausaha Desa Carangrejo, Juweni.
Tambah Juweni, dia tidak pasti apakah alasan sebenar pasangan itu bercerai namun menurutunya, Agus adalah suami yang baik malah menjaga kebajikan bapa mentuanya ketika Anjar bekerja di luar negara. “Pihak pentadbiran desa cuma laksanakan tugasan yang diamanahkan iaitu mencabut atap rumah seperti yang dipersetujui. “Hal-hal lain, kami tidak mahu masuk campur lagipun mereka berpisah dengan cara baik,” ujar Juweni lagi. Sumber: Kosmo
|
Kurex replied at 25-6-2021 09:49 AM
Baca tajuk ingatkan untuk memudahkan sakaratulmaut
darkness replied at 25-6-2021 01:55 PM
Aku ramai org disekeliling aku org indon dulu. Terutama maid2 dorang..boleh kata rata2 dorang akan b ...
sekngucing replied at 25-6-2021 01:58 PM
dua? ada yg tiga.. tambah lg sorang.. bangla
darkness replied at 25-6-2021 02:03 PM
Hahahaha lain laki indon, lain laki malaysia, lain laki bangla..jahil betul. Mazhab ke 5 kut deran ...
ADVERTISEMENT