Penyanyi Justin Timberlake menyatakan sokongan terhadap bekas kekasihnya, Britney Spears susulan kes mahkamah melibatkan penyanyi wanita tersebut dengan bapa kandungnya, Jamie Spears. Justin, 41, menulis di laman Twitter berkata, semua pihak harus menyokong apa yang diperjuangkan Britney, 40, kerana dia berdepan dengan pelbagai dugaan dan cabaran sejak mula memasuki dunia glamor lebih dua dekad lalu.
"Saya dan isteri, Jessica Biel memberikan sokongan penuh terhadap Britney. Selepas apa yang kita tengok (berita) hari ini, semua pihak harus memihak kepadanya. "Walaupun saya ada kisah masa lampau yang tidak berapa baik dengan Britney sebelum ini... tapi apa yang terjadi padanya memang sesuatu yang tidak patut. "Sepatutnya tiada mana-mana wanita yang boleh dilarang untuk berbuat apa sahaja pada tubuh badan mereka," kata Justin.
Menurut Hollywoodlife, Britney pada Rabu tampil memberikan keterangan terhadap bapanya yang didakwa telah menyalahgunakan kuasa sebagai penjaga kepada semua akses kewangan dan jadual kerjanya. Dalam prosiding tersebut, Britney turut berkata, dia seperti didera secara mental oleh bapanya sendiri sejak dari tahun 2008 apabila Jamie mengawal ketat segala urusan kewangan anaknya itu sehingga menyebabkan Britney mengalami tekanan perasaan. Selain itu, bapanya juga memaksa Britney memasukkan alat pencegah kehamilan IUD agar penyanyi tersebut tidak boleh mempunyai anak biarpun hatinnya meronta mahu membina keluarga bersama teman lelaki, Sam Asghari. Susulan itu, penyanyi lagu Toxic itu memohon agar pihak mahkamah dapat membebaskannya daripada 'cengkaman' Jamie yang telah mengawal aset dan kekayaan miliknya, dianggarkan bernilai RM250 juta sejak 13 tahun lalu. Sumber: mStar
|
Meiizu replied at 24-6-2021 05:58 PM
Lama plak aku tak baca cite pasal dia
Kesian
Zaman kanak2 hilang gitu je.
hyie replied at 24-6-2021 10:30 PM
love u Britney!
sekarang astro ada bagi freeview FreeBritney kat AstroGo yach...hari ...
ninnamina replied at 24-6-2021 11:57 PM
Baru tadi baca dekat fb terus masuk forum
Cari cerita ni..
Kesian sheol
talia replied at 25-6-2021 03:34 AM
Shadap la justin, tak payah menyibuk nak enter frame, tiber acah baik
#freebritney {:1_15 ...
laradelara: Kesian britt..Takleh imagine hidup tertekan bertahun-tahun camtu. Dah serupa slave dah lifenya. Slave zaman moden yg ditindas & kena control oleh ay ...
nordin84 replied at 25-6-2021 07:02 AM
dia kan opportunist.. merundum skrg kan, thanks god rmi da sedar ramen ni ular sebenarnye.. termas ...
Harley_Quinn replied at 25-6-2021 03:29 PM
Ptut laa tba2 ade bapaknya nyibuk plk.
Tawu dlu dia n mak dia n Felicia tu jee then tba2 watak2 ni ...
ADVERTISEMENT