CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hafidz Roshdi Dedah Banyak Kali Nampak Elizad Solat Setiap Kali Masuk Waktu

25-6-2021 10:31 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5060| Komen: 29

Pelakon Hafidz Roshdi mempertahankan rakan selebriti iaitu pelakon Siti Elizad selepas aktres itu dikatakan tidak menutup aurat dan mendirikan solat oleh seorang netizen dalam laman sosial.

Menurut Hafidz, sebagai seorang pelakon yang pernah bekerjasama dengan Elizad, dia berasa terpanggil berkongsi sikap sebenar aktres itu dan dia bukanlah seperti apa yang dikatakan netizen tersebut.


Kredit foto: IG Hafidz/Elizad

Ujar Hafidz atau nama sebenarnya Muhammad Hafidz Roshdi, 27, dia mengenali Elizad sebagai seorang pelakon yang tidak akan meninggalkan kewajibannya sebagai orang Islam (bersolat) walaupun ketika sedang sibuk bekerja.

“Setiap kali penggambaran di rumah, mesti dia (Elizad) akan ambil wuduk, bentang sejadah. Bukan sekali saya nampak, tapi berkali-kali.

“Saya nak beritahu benda betul yang saya nampak depan mata. Saya tidak akan cakap kalau tidak nampak dengan mata saya sendiri,” ujarnya.


Hafidz yang ditemui ketika sidang media drama Bujang Tampan Selamba hari ini bertindak mempertahankan Elizad kerana merasakan seseorang itu tidak seharusnya mencampuri hal peribadi orang lain terutama berkaitan agama.

Menerusi komen yang ditinggalkan dalam Instagram Elizad, Hafidz memberitahu bahawa aktres itu akan segera mendirikan solat setiap kali tiba masuk waktu.

“Saya cuma nak beritahu ketika saya melakukan penggambaran dengan kak Elizad, setiap kali masuk waktu solat mesti terserempak dengan dia. Dia akan siap ambil wuduk dan bentang sejadah. Itu sahaja saya nak beritahu,” tulisnya.

Terdahulu, Elizad bertindak membuat laporan polis atas kebiadaban seorang individu yang sewenang-wenang menggelar dirinya mandul, bahkan dikatakan tidak mendirikan solat.

Menurut Elizad atau nama sebenarnya Siti Elizad Mohamad Sharifuddin, 37, dia nekad memfailkan laporan di Balai Polis Bukit Jalil kerana tuduhan tersebut telah melukakan hatinya sebagai seorang wanita dan isteri. 


Sumber: K! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 25-6-2021 10:36 AM
Ok, jadi nak gosip apa ni?
Quote ImpianSeroja 25-6-2021 10:41 AM
Baguslah begitu..kewajipan wajib ditunaikan
Quote bulalof 25-6-2021 10:51 AM
benda wajib, kenalah buat.
Quote makneng 25-6-2021 10:54 AM

Kita ni hamba hapis oiiii.. Sembah yg cipta kita..
Common thing la orang solat.. Tak solat tu yg uncommon #donetazkirahjumaat
Quote kukukatablog 25-6-2021 11:08 AM
tanda akhir zaman kan,
sesuatu yang baik tu dah jadi asing bg kita...
padahal benda wajib tu...
Quote ajinomotonosuga 25-6-2021 11:09 AM
Still dont get it...bongok

Molot manusia..ko mati pun depa umpat..abaije dah

Susah beno ke? Why so sentap? Katalah pe pun..nilai ko tu tuhann ko je tahu..life goes on..focus idup

Patut karat otak..mende cam ni ko sibuk

Toksah pertahan sibuk ngan  nerdtizen kabu asap tu..ko kabo kawan ko tuuuu..apa aku kabo

Dah...lepas solat maafkan depa..lagi Allah sayang

Sayang manusia? Ptuihhhhh..soang pun aku tak mo..ko p sayang sapa ko nk sayang..toksah nyemak..bongok
Quote Purina 25-6-2021 11:40 AM
Sesedap mulut  je ckp  org mandul
Quote mawarkhayalan99 25-6-2021 12:07 PM
benda tu wajib so takyah nak buat2 terkezuttt sangat la kalau tengok orang solat. apooooo
Quote dino 25-6-2021 12:09 PM
mcm solat tu menda luar biasa
pdhl memda wajib
Quote rayray28 25-6-2021 12:11 PM
kukukatablog replied at 25-6-2021 11:08 AM
tanda akhir zaman kan,
sesuatu yang baik tu dah jadi asing bg kita...
padahal benda wajib tu...

itulaa kann. pdhal patot xde yg pelik tgk org dolat dh mmg kne buat as org islam...
Quote suka2 25-6-2021 12:17 PM
Solat tu benda biasa je xda apa yg nak diheboh2 kan pun dah benda pun wajib. Kalau tak solat tu baru luar biasa sbb ko org islam. Lain la ko mmg jenis tak solat so mgg teruja la bila tgk org lain solat...
Quote 3chanceno 25-6-2021 12:33 PM
Apa hal oramg solat ke tak nak jadi persoalan? Kalau retis tak harus solat ke dan kalau solat ada orang nak konfirmkan?? Tak paham kenapa setiap kali crira gini keluar pat bod gosip
Quote hyie 25-6-2021 01:47 PM
kan ke heshe cuba jawab balik pertikaian netizen tentang Elizad hari tu. So apa yang salahnya heshe cakap tu? ngkorang yang acik porem ni pon asal boleh je nak kecam kan.

chill2 sudeh
Quote suweet 25-6-2021 01:59 PM
Tak salah pun si Hafiz nak cakap pasal ni. Sebab kan isunya netizen tuduh Elizad ni tak solat. So dia backup laa.. Bukan tetiba dia nak bangga bagitau Elizad tu solat
Quote theotherfriend 25-6-2021 02:25 PM
hyie replied at 25-6-2021 01:47 PM
kan ke heshe cuba jawab balik pertikaian netizen tentang Elizad hari tu. So apa yang salahnya heshe  ...

Kan...
Jusr because org tu free hair, takyahlah maksum sangat nak judge. Entah2 di sisi Allah dia lagi mulia kot..  
Quote slyfynx 25-6-2021 04:11 PM
La, kalau ko tgk die x solat baru la pelik.
Biase la weh orang solat
Quote sleepandream 25-6-2021 04:41 PM
eh hello... orang tak solat pun common jah... sbb period... choiiii
Quote lyshafull 25-6-2021 04:54 PM
bnde wajib noks mende nk kecoh ... cite la pasal spill tea belakng tabir ker ape .. buhssannn
Quote LadyCarefree 25-6-2021 11:02 PM
Kenapa lizad nk peduli apa netizen tu cakap? Sampai nk buat repot polis. LoL. Takleh ke abaikan? Perlu ke sentap?

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 04:52 PM GMT+8 , Processed in 0.378735 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top