Pelakon Hisyam Hamid mengakui berdepan cabaran mental dek kerinduan terhadap keluarga, terutama dua orang anaknya di Singapura selepas hampir setahun terpisah akibat pandemik Covid-19.
Menurut Hisyam, kali terakhir dia berjumpa dengan anak-anaknya iaitu Nurish Syameliah dan Hayden di Singapura adalah pada 8 Julai tahun lalu. “Cabaran yang perlu saya hadapi sekarang ini adalah daripada segi mental kerana berjauhan dengan isteri dan anak-anak. “Sudah hampir setahun saya tidak berjumpa dengan anak-anak di Singapura sebab keadaan semasa tidak menentu gara-gara Covid-19. “Kali terakhir saya berjumpa isteri pula sekitar bulan November tahun lalu. Isteri sempat datang ke Malaysia selama lebih kurang dua minggu,” katanya.
|
cmf_premierleag replied at 25-6-2021 12:53 PM
akak sudi je jd pengganti isteri hisyam nih
dejure: Alahai bukan xboleh jumpa lansung..bolehkan tp kena kuarantin je lah.apa masalahnya? Bukannya bini dia ddk kat usa sana tu yg jauh sangat nak dtg.
becir replied at 25-6-2021 01:41 PM
Laki sendiri campak mana kak..lel
ADVERTISEMENT