CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kecewa Ditinggalkan Kekasih, Hidap Kudis Buta-Lelaki Mati Di Dalam Tandas Pusat Serenti

25-6-2021 11:15 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4268| Komen: 21

Bukit Mertajam: Pelatih Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) yang menerima rawatan ekoran penyakit kudis buta dihidapnya ditemui mati di dalam tandas Pusat Serenti, di sini, 8.10 malam tadi.


Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, siasatan polis mendapati lelaki berusia 36 tahun itu ditemui menggantung dirinya.


Gambar Hiasan

"Polis menemui sekeping nota yang ditinggalkan pelatih berkenaan yang memohon maaf kepada ahli keluarga dan melahirkan kekecewaan akibat ditinggalkan teman wanitanya sedangkan dia masuk ke pusat berkenaan untuk berubah.

"Mengikut rekod pelatih ini mendaftar secara sukarela untuk masuk ke pusat serenti berkenaan pada 19 April lalu sebelum ditempatkan di Wad Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Bukit Mertajam selepas disahkan mengalami penyakit kudis buta," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.


Jelasnya, pelatih itu dirujuk ke Hospital Bukit Mertajam (HBM), 21 Jun lalu kerana mengadu gatal-gatal dan doktor menyarankan supaya dia diasingkan supaya tidak berjangkit dengan pelatih lain.

"Dia kemudian dipindahkan dari asrama ke bilik sakit dan tinggal seorang diri.

"Kali terakhir pelatih itu dilihat adalah pada 4.30 petang semalam ketika petugas perubatan datang untuk mengingatkannya supaya makan ubat yang diberi oleh doktor," katanya.

Menurutnya, melalui semakan yang dibuat pelatih itu mempunyai empat rekod lampau berkaitan dadah.

"Pemeriksaan doktor ke atas mayatnya tidak menemui sebarang unsur jenayah dan mayatnya dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk proses bedah siasat. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro
1

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rospinki 25-6-2021 11:16 AM
Innalillah..sedih plak baca berita ni. Dadah perosak bangsa.
Quote bored_atticus 25-6-2021 11:41 AM
kesian dia.. sebab dia ada niat dah untuk berubah.
Quote ImpianSeroja 25-6-2021 11:56 AM
Salam Takziah..sedih juga dengar berita camne
Quote cmf_premierleag 25-6-2021 11:58 AM
gitu le jalan yg dia pilih
once dh terjebak dgn dadah, opkoz la kekasih pun tinggalkan ko
sapa je sanggup nk stay dgn drug addict
Quote miszclassique 25-6-2021 12:15 PM
cmf_premierleag replied at 25-6-2021 11:58 AM
gitu le jalan yg dia pilih
once dh terjebak dgn dadah, opkoz la kekasih pun tinggalkan ko
sapa je  ...

Ada 4 kes lampau so maksudnya before ada awek pun dah mendadah tapi tiba2 dapat hidayah nak pulihkan diri... agaknyer perempuan tu cakap "nak i ke nak dadah" gituuuu

Kalau kahwin pun lepas pergi pemulihan, takut bila ada masalah nanti cari lagi dadah... 4 kes lampau ya bukan 1
Quote mama_neko 25-6-2021 12:45 PM
sekali terjebak, mmg susah nak keluar.. tapi mungkin dia ni motivated sungguh nak insaf, sekali kena tggai.. terus rasa give up..
Quote None68 25-6-2021 12:49 PM
Dah terjebak ni mmg aje payah..
Quote supernaturalee 25-6-2021 01:49 PM
Kudis buta not related to drugs kn
Quote cmf_premierleag 25-6-2021 02:28 PM
miszclassique replied at 25-6-2021 12:15 PM
Ada 4 kes lampau so maksudnya before ada awek pun dah mendadah tapi tiba2 dapat hidayah nak pulihk ...

khueenzz...tau takpe..bukan sekali...tp 4 kes kut
ingat senang ke pompuan nk accept lg
Quote noell 25-6-2021 03:00 PM
aiseyyy dekat sgt dgn umah aku neh....abehlaaa berantu la c&c sini
Quote star_karat 25-6-2021 04:33 PM
Ada aku kenal 14 kali masuk jel pasal dadah. Berbual pun mcm ada masuk hantu. Berbual ulang2 topic. Lemas nak ajak berborak.
Quote TOPwind 25-6-2021 04:41 PM
rospinki replied at 25-6-2021 11:16 AM
Innalillah..sedih plak baca berita ni. Dadah perosak bangsa.

jika bontot kuali atau arang habislah kena saman
Quote akuman1981 26-6-2021 04:03 PM
naper ada emoji kt berita tu?
Quote sally03tomato 6-7-2021 08:41 PM
Tahu tak kenapa dia kata mcm tu?..
Quote luluaurora 6-7-2021 09:24 PM
hmm,
ada 4 kes lampau,
once dh terjebak ssh nk ptah balik
Quote lattehazelnut 6-7-2021 09:37 PM
Kena tinggal kekasih satu, lepas tu makin gian nak dadah sbb nak lupakan kekasih.. kne kuarantin sorg2 lg
Quote sarahmirza 6-7-2021 09:41 PM
Dah 4 kes lampau baru nak berubah...
Kerana seorang perempuan ke?
Takziah pada keluarga ni...
Tuhan sayangkan depa (keluarga) ...
Quote syamzana 6-7-2021 10:07 PM
kalau jadi nikoh dgn gf mcm pompuan tu hulur leher utk dipenggal jah.baik la blah.
apa pun, bersimpati dgn arwah/mendiang dan fmly.
Quote naina 6-7-2021 10:28 PM
Tahniah la perempuan tu berjaya buat dia bunuh diri.
Bukan senang nak tinggalkan terus dadah ni. Tengah mabuk cinta maybela ada semngat nak berubah. Esok2 kalau ada masalah atau dah dapat kawen takut lain plak jadinya. Ehhh jarang2 la dorng betol dpt berubah tinggal terus. Biasa akan rindu dan menagih semula. Nauzubillahi min Zalik ya

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 04:58 PM GMT+8 , Processed in 0.058552 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top