CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami Kemurungan Teruk, Solat Pun Terlupa Rakaat, Bercakap Seorang Diri Sejak PKP

25-6-2021 11:19 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 22392| Komen: 263

Batu Pahat: "Saya reda dengan ketentuan Allah jika suami saya disahkan menghidap penyakit mental," kata Natashakilla Zulku, 27, dari Kampung Sungai Nibong Darat, Semerah, dekat sini.


Natashakilla berkata, dia tidak menyangka suaminya, Khairul Kasmon, 35, mengalami kemurungan teruk selepas menghadapi beberapa tekanan hidup.

"Suami berubah kepada personaliti begitu berbeza berbanding dulu yang sangat ceria dan sentiasa berfikiran positif.

"Suami tak pernah tertekan sebelum ini, kami bahagia dan mampu tunaikan permintaan empat anak berusia antara dua hingga 11 tahun. Keadaan itu berubah apabila satu persatu masalah menimpa sejak awal pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) iaitu Mac tahun lalu," katanya ketika ditemui hari ini.


Foto: Harian Metro


Menurutnya, sebelum itu suaminya diuji dengan kehilangan ibu disusuli nenek yang meninggal dunia akibat sakit tua dan ketika PKP, sektor pekerjaan suaminya dihentikan sementara.

"Saya pula ketika itu baru melahirkan anak bongsu, suami sudah kelihatan tertekan kerana merasakan beban besar yang perlu dihadapi ditambah pula masalah kereta rosak yang memerlukan kos pembaikan yang tinggi.

"Suami saya ketika itu bekerja kontrak sebagai pemandu jentera pengaut hanya mendapat bayaran gaji harian dan sumber kewangan kami sekeluarga terputus berikutan pelaksanaan PKP fasa pertama," katanya.

Katanya, sejak itu suaminya mula murung, solat pun terlupa rakaat, bercakap seorang diri.

"Saya terus menghubungi klinik desa berhampiran dan dinasihatkan membawa suami untuk rawatan.

"Pada Mac tahun lalu, saya menghubungi ambulans untuk membantu suami mendapatkan rawatan, tapi dia mula bertindak agresif apabila memeluk semua anaknya sambil menjerit dan meminta agar tidak memisahkan mereka," katanya.

Dia berkata, selepas dihantar ke wad psikiatri di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat, doktor mengesahkan suaminya mengalami kemurungan melampau dan perlu mendapat rawatan.

"Saya sebagai suri rumah memang tiada sumber pendapatan dan keadaan kesihatan suami pula tidak menentu bergantung pada keadaan emosinya," katanya.

Kepada sesiapa yang mahu menghulurkan bantuan boleh menghubungi Natashakilla di talian 011-27873126. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gekkou 25-6-2021 11:26 AM
kesiannya.
gaji harian, kerja x boleh buat
berat tanggungjawab seorang ketua keluarga
dia rasa gagal tu sebagai ayah, sebagai suami
mesti dah usaha pinjam sana sini
nk keluar kerja kalau kereta rosak payah jua tu
kalau x ada skill, nk kerja lain pun susah
Quote Kurex 25-6-2021 11:26 AM
Kerajaan mana peduli pun
Quote sitisitu25 25-6-2021 11:33 AM
sian nya semua org..nk tlg xmampu..kalau boleh tlg pun ratus2 je n xmampu tlg semua org pun..kwn2 i pun byk duk msg tnya kerja..ada yg dlm waiting list nk kne vss bln dpn dah..tp tu la..xmampu nk nolong..
Quote I.K.A888990 25-6-2021 11:37 AM
sedih baca mcm2 dugaan dtg waktu pkp ni. nak bantu sesama sendiri pn susah skrg ni masing2 kesusahan
Quote JohnyEnglish 25-6-2021 11:41 AM
semoga dipermudah urusa
Quote iqbalriad 25-6-2021 11:45 AM
gekkou replied at 25-6-2021 11:26 AM
kesiannya.
gaji harian, kerja x boleh buat
berat tanggungjawab seorang ketua keluarga

Aku mungkin yang agak bernasib baik sbb dapat masuk dlm industri skill plumbing/wiring pada usia 45 tahun. Profesion asal finance/accounting. Tidak pernah hadir mana kursus kemahiran. Mmg kena belajar dengan sukar. Main redah je. Hand on yg buat kita makin cekap dan mahir.Alhamdulillah dah masuk 8 tahun dlm industri.
Quote ImpianSeroja 25-6-2021 11:50 AM
Semoga Dipermudahkn segala urusan
Quote Buritan 25-6-2021 11:53 AM
sitisitu25 replied at 25-6-2021 11:33 AM
sian nya semua org..nk tlg xmampu..kalau boleh tlg pun ratus2 je n xmampu tlg semua org pun..kwn2 i  ...

Kannn.. hanya manpu tengok dan dengar sajokkk.. nak tolong tak mgkinn.. aku pun cukup cukup ajo.. agaknya mcm ni laa kot kita kat pdg mahsyar nanti nak pahsla.. kat dunia kita nak duittttttt kay sana nak pahala
Quote Buritan 25-6-2021 11:54 AM
I.K.A888990 replied at 25-6-2021 11:37 AM
sedih baca mcm2 dugaan dtg waktu pkp ni. nak bantu sesama sendiri pn susah skrg ni masing2 kesusahan

Mmg masing masing hal sajolaaaaaaa..... dpt bangun alhmdlh.. tak dpt bangunn.. haru
Quote cmf_premierleag 25-6-2021 11:56 AM
beratnya dugaan dia sbb semuanya dtg serentak.
mak,nenek meninggal
hilang kerja
sesungguhnya aku x mampu nk tanggung uiian mcm ni
Quote sitisitu25 25-6-2021 11:57 AM
Buritan replied at 25-6-2021 11:53 AM
Kannn.. hanya manpu tengok dan dengar sajokkk.. nak tolong tak mgkinn.. aku pun cukup cukup ajo..  ...

mashyar lg teruk..kita xsempat tgk org kiri kanan dah..duk risau pk diri sdiri je..teruk smpi anak panggil pun kita da xnk pandang sb lg risau diri sdiri time tu..
Quote Artemesiaa 25-6-2021 11:57 AM
Itulah realitinya sekarang walau masih ramai nak menafikannya.  Terutama bila dah lama duduk dalam zon selesa tiba2 dilanda musibah macam sekarang ni.  Tampa apa2 persediaan kewangan yang kukuh dan mental yang kuat sebelum ni pasti ramai terduduk, bila stress melanda lama2 jadi penyakit mental pulak.
Quote Buritan 25-6-2021 11:57 AM
Kurex replied at 25-6-2021 11:26 AM
Kerajaan mana peduli pun

Org politik depa mau piliganraya jahhh..lg cepat pilihanraye lg baguihhh.. gomen sekrrg tak elok.. aku lg elok jd pm.. mcm tu laaa hati perut org politik.. hangpa mkn ke mati ka mereng kaa.. itu hsngpa punya psl..
Quote milafida 25-6-2021 11:59 AM
Kesian nya ramai betul orang terjejas especially yg tinggal dibandar mmg terasa sgt
Quote monreyes 25-6-2021 12:00 PM
iqbalriad replied at 25-6-2021 11:45 AM
Aku mungkin yang agak bernasib baik sbb dapat masuk dlm industri skill plumbing/wiring pada usia 4 ...

laki aku grad economics...
semua dia blajar sendiri DIY..
plumbing, wiring, carpentry, repair brg2 electrical, sewing....
aku mmg dah xde upah2 orang pun...
tapi untuk umah sendiri n umah mak aku je la...

Quote Buritan 25-6-2021 12:01 PM
sitisitu25 replied at 25-6-2021 11:57 AM
mashyar lg teruk..kita xsempat tgk org kiri kanan dah..duk risau pk diri sdiri je..teruk smpi anak ...

Adekala aku terpikir ape tujuan kita dihidipkan.. hidup utk dihukum saje kah.. ade ke manusia yg tak mrngumpat dlm dunia ni.. mcm takde je.. byknya phasa hidup kita ninsblm keabadian hidup
Quote noor2 25-6-2021 12:02 PM
Kesiannya...moga dipermudahkan Allah...
Quote mrsamz 25-6-2021 12:05 PM
Kalau dah jadi tahap camni baru la org nak kesian..
Kalau dia masih berusaha nak cari keje, mintak tolong sana sini..ramai pulak yg kecam..
Quote None68 25-6-2021 12:07 PM
Semoga Allah permudahkan urusan hidup kita semua dunia akhirat.

Lihat semua komen(263)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 03:01 AM GMT+8 , Processed in 0.037518 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top