Pendakwah bebas dan pelakon, Pencetus Ummah (PU) Azman mengingatkan supaya orang ramai terutama masyarakat Islam supaya sentiasa meminta pertolongan Allah SWT susulan kes bunuh diri dan kesihatan mental akibat tekanan hidup yang dihadapi dalam tempoh penularan Covid-19 di negara ini dilihat semakin membimbangkan.
Azman atau Cik Man berkata, setiap musibah yang Allah turunkan adalah bersesuaian dengan tahap kekuatan seseorang itu. "Allah tidak menguji melebihi kadar kemampuan iman hamba-Nya. Jadi apa yang perlu dilakukan adalah kita perlu mencari jalan keluar atau kekuatan kepada sesuatu masalah. Tidak dinafikan saya juga kadang-kadang berdepan tekanan dalam hidup ini dan ia satu perkara normal, tapi kita tidak boleh mengalah dan mencari jalan terbaik seperti bina kembali hubungan dengan Allah dan bergaul dengan manusia. "Sentiasa merujuk kepada orang yang boleh terima dan mendengar masalah kita. Dia mungkin tidak boleh menyelesaikan masalah yang kita hadapi, tapi sedikit sebanyak dapat melegakan hati dan masalah yang sedang ditanggung," katanya.
Semalam, seorang lelaki yang berdepan masalah kemurungan sejak perniagaan diusahakannya gagal maut selepas terjun dari tingkat 10 pangsapuri di Pulau Pinang. Azman juga ingin mengingatkan kepada semua supaya menjauhkan diri daripada individu toksik dan bergaul dengan individu positif. "Elakkan diri bergaul dengan individu toksik serta kurangkan pembabitan dalam media sosial sebab kadang-kadang kita rasa diri seakan tidak berguna jika dibandingkan dengan orang lain. "Kita perlu tahu satu perkara yang perjalanan setiap orang itu berbeza-beza. Jadi ada masa kita perlu bersendirian dan bergaul dengan orang yang bagus," katanya. Sumber: Harian Metro
|
AshkieLa replied at 25-6-2021 01:51 PM
individu toksik di carta paling atas = prof bodo2 utk dapat jodoh
ciklahcuteII: yg tayang duit berkepok.. tu.. waktu ramai yg terjejas pandemik.. ko ingat, Allah beri pahala ke ko tayang berkepok kepok gitu?
ADVERTISEMENT