Pelakon Saharul Ridzwan berkongsi pengalaman pernah mengamalkan diet ketat yang memerlukannya makan dua ekor ayam dan 15 biji telur separuh masak setiap hari bagi mendapatkan tubuh badan sasa.
Saharul atau nama sebenarnya, Mohd Saharul Ridzwan Hashim, 32, berkata, diet harian yang dilakukannya pada dua tahun lalu itu demi memenuhi tuntutan watak sebagai pegawai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) dalam filem Coast Guard. "Diet yang saya makan ayam dua ekor dan telur separuh masa 15 biji sehari itu saya amalkan dua tahun lalu ketika terlibat dalam filem Coast Guard... memang watak dalam filem itu perlukan badan saya nampak fit and solid. "Tapi sekarang memang saya dah tak amalkan pun bila kena tegur dengan Datuk Rosyam yang tak galakkan badan saya terlalu besar sebab saya banyak juga berlakon bawah syarikat produksi dia sebelum ini.
"Bila badan terlalu besar, ia akan nampak tak cantik dalam televisyen dan tidak sesuai kalau nak bawa watak orang susah," katanya ketika dihubungi mStar.
|
tembamgirl09 replied at 25-6-2021 02:33 PM
ya ampun baca pun dah muak weeh dok makan ayam dgn telur je
tembamgirl09 replied at 25-6-2021 02:33 PM
ya ampun baca pun dah muak weeh dok makan ayam dgn telur je
Masukkeluar replied at 25-6-2021 02:39 PM
dia ni nampak terkesan sungguh sejak pkp. kat ig..asyik mengadu psl produk perfume dia tak laku..mod ...
ariellin replied at 25-6-2021 05:34 PM
Dia ni x abih2 potray alim kat ig napatah aku rasa mcm fake gile
ADVERTISEMENT