Saban tahun setiap kali tibanya program realiti Gegar Vaganza nama penyanyi terkenal era 90-an, Anis Suraya pasti akan menjadi spekulasi dan ramalan peminat sebagai salah seorang peserta.
Namun, ketika diumumkan pasti ada yang kecewa kerana kelibat penyanyi yang terkenal dengan lagu Cinta Tersimpul Rapi itu tidak kelihatan. Ini kerana Anis atau nama sebenarnya Tengku Ani Soraya Tengku Sulaiman,41 sudah membuat keputusan untuk tidak lagi aktif di dalam bidang nyanyian. Menurut Anis kepada Murai.my, dia sememangnya tidak mempunyai perancangan untuk sertai program realiti tersebut termasuklah aktif secara serius seperti dahulu. “Sebenarnya saya tak ada perancangan untuk masuk GV. Bagi saya, saya tidak akan aktif balik dah dalam industri nyanyian. Cukuplah sekadar di belakang tabir, untuk nyanyi dekat anak-anak, untuk di Pesona FM dan di YouTube saya” katanya
Akui rindu akan bidang nyanyian namun bagi Anis yang juga sepupu kepada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal, minatnya itu kini hanya terubat dengan bernyanyi buat anak-anak serta para pendengar Pesona FM, stesen radio Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) tempat Anis menggalas tanggungjawabnya sebagai penyampai radio dan kakitangan universiti ternama itu.
|
mawarkhayalan99 replied at 25-6-2021 04:35 PM
baidewayyy abangnya itueee herlok kan lama tak nampak kemunculan heshe
ADVERTISEMENT