CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fazura "Live IG" dengan mata ketumbit, netizen tetap puji cantik siap bagi petua surutkan bengkak

26-6-2021 12:42 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 13973| Komen: 73




Pelakon jelita, Nur Fazura atau nama lengkapnya, Nur Fazura Sharifuddin membuat "Live IG" selama 59 minit untuk mengajak peminatnya berborak, semalam.

Isteri aktor kacak, Fattah Amin, itu yang tampil bersiaran "live" dengan mata bengkak di sebelah kanan telah mencuri perhatian ramai.

" Mata Faz bengkak sebelah, ini adalah apa orang panggil? ketumbit "

" Saya rasa ini hari ketiga lah bengkak sebelah. Jadi macam tak tahu apa nak buat kan " katanya.


Dalam ruangan "live" itu, selain menjawab soalan-soalan daripada peminat, Fazura turut berkongsi perkembangan anaknya, Nur Fatima Aisya yang kini sudah berusia 9 bulan.



Ditanya peminat samaada Fazura dan Fattah sudah divaksin atau belum, Fazura memberitahu mereka berdua masih belum divaksin dan sedang menunggu giliran. 

" Vaksin? belum, kami masih menunggu giliran. Kita menanti dan Faz mohon (doa) setiap hari bila akan tiba giliran kami. InsyaAllah akan tiba. "

" Jadi kita tak nak lah terlalu macam mendesak atau nak kedepan walaupun belum tiba giliran kita. Siapa yang patut didahulukan, didahulukan dulu insyaAllah " katanya.

Sementara itu, ramai peminat berkongsi petua cara untuk mengurangkan bengkak ketumbit  dan dalam masa sama ada yang turut memuji penampilan Fazura yang sentiasa cantik walaupun sebelah matanya bengkak.




Satu sahaja penulis nak puji sikap Fazura ini, dia tetap yakin untuk buat "live" dengan peminat walaupun mata tengah bengkak. Sesetengah orang, kalau mata ketumbit biasanya tak nak orang tengok dan siap pakai "spek" hitam lagi.  

Apa-pun, dia memang sentiasa cantik walaupun mata bengkak. Diharapkan semoga mata Fazura cepat sembuh ya. - CARI






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote wnwa05 26-6-2021 12:57 AM

cis..laju aku masuk ingatkan live dengan mata ketumbit yang besar bernanah kat dalam tu.  
ini bengkak biasa je kot..macam alergik habuk atau makanan. aku pun pernah kena..
Quote BungaTepiMeja 26-6-2021 01:06 AM
Cantik sangat gigi dan senyuman dia.. Beruntung sangat fattah
Quote mohdael 26-6-2021 01:07 AM
Dia live berbual dgn peminat dia je.. Tak kacau org pun..berkongsi cerita.. Biar la..
Quote CurangLagi 26-6-2021 01:09 AM
Suka imej Faz skrg{:childlike{:childlike
Quote aduh2sayang 26-6-2021 01:15 AM

lucu lah. asal ketumbit je sebab mengendap? fitnah terbesar sejak turun temurun

Quote aduh2sayang 26-6-2021 01:21 AM
BungaTepiMeja replied at 26-6-2021 01:06 AM
Cantik sangat gigi dan senyuman dia.. Beruntung sangat fattah


tu la pasal..almost perfect gigi dia. tapi kalau tengok gigi fattah pun tersusun cantik gak





Quote Kurex 26-6-2021 03:20 AM
Nak gosip apa ni?
Quote grosouraus 26-6-2021 04:29 AM
Apa yg bagus fazura ni dia x pernah nk tunjuk dia terer speaking..kalau borak n IV rancangan melayu dia cakap melayu mcm biasa je..xde acah2 high class ckp melayu mix2 omputih..tapi bila IV in English dia boleh nmpk terer jgk dia speaking ek...
Quote drivethru 26-6-2021 06:59 AM
Intai patah berak ke?
Quote RumiMenari 26-6-2021 07:17 AM
Satu live, dua thread
Quote noor2 26-6-2021 07:22 AM
Nitizen yg suka puji artis lawa ni muka depa mmg buruk ke apa...pelik betul duk ikut artis tu seumur hidup 24jam duk puji melampau. ..
Quote imanjannah 26-6-2021 07:30 AM
ooogini pun tt buka thread
Quote wallflower 26-6-2021 07:41 AM
noor2 replied at 26-6-2021 07:22 AM
Nitizen yg suka puji artis lawa ni muka depa mmg buruk ke apa...pelik betul duk ikut artis tu seumur ...

Ya noor.itu sudah semestinya
Quote md_nana 26-6-2021 07:57 AM
org cantik kena ketumbit pun x terkesan kecantikan diorg. kalau aku yg kena, rasa xnk keluar rumah. hehe tp mmg klu kena tu rasa x selesa mata sbb pernah terkena sekali dulu
Quote tulip-rain 26-6-2021 08:48 AM
Oh ade thread pemujaan baru utk missfake rupanya.
Ape lagi, pujalah. Masuk lah cepat penyembah2 missfake.
Sembah retis kesayangan korang ni pagi petang siang malam.
Karatss pajura : "tengok. Pajura makin disayangi dan mewangi"
Quote Sambalberapi 26-6-2021 09:21 AM
drivethru replied at 26-6-2021 06:59 AM
Intai patah berak ke?

Kan dulu dh ckp, g bilik air pun dh rindu.
Quote ciksaenara 26-6-2021 09:28 AM
cantik sangat faz
Quote gekkou 26-6-2021 09:49 AM
benda x de nk keji...
kita puji lah
kalau dia buat perangai
sama je kena kecam
netizen x de nak double standard
Quote SpyLeman 26-6-2021 09:58 AM
Genuine je keikhlasan dan keluhuran hati faz ni. Takyah nak sembang kari sgt bila live. Ini tak, baru smlm bertaubat, join usrah, hari ni dah berceramah agama pung pang pung pang. Siap bukak telegram channel utk sembang agama. Bkn tak bagus, tapi diri sendiri tu kena penuh ilmu didada dulu. Ini adik beradik pun masih tunjuk tek selambak

Lihat semua komen(73)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 08:11 AM GMT+8 , Processed in 0.042383 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top