Seekor gajah jantan menyerang dan membunuh 16 penduduk kampung sejak dua bulan lalu selepas haiwan itu disingkirkan kawanannya dipercayai kerana ‘kelakuan buruk dan persaingan dengan gajah jantan lain’, lapor akhbar Daily Mail semalam.
Gajah dipercayai berusia antara 15 hingga 16 tahun itu naik minyak di daerah Santhal Pargana, negeri Jharkhand selepas terpisah daripada 22 ekor gajah lain. “Ia dipercayai mahu mengawan dan disingkirkan akibat kelakuan buruk dan persaingan seksual dengan gajah jantan lain. “Kami sedang mengkaji kelakuannya. Sebuah pasukan terdiri daripada 20 anggota sedang cuba mengesan gajah itu kerana keutamaan kami ketika ini adalah untuk melindunginya,” kata pegawai perhutanan, Satish Chandra Rai kepada AFP. Haiwan itu dipercayai dalam perjalanan untuk kembali kepada kawanannya. Selasa lalu, ia telah mengangkat tubuh sepasang warga emas dengan menggunakan belalainya dan menghempas mereka sehingga mati pada waktu subuh.
Satish berkata, haiwan itu hanya membunuh manusia yang menghalang, berada terlalu dekat dengannya atau cuba memprovokasinya dengan merakam gambar. “Ia tidak memecah masuk rumah penduduk kampung atau menyerang orang awam. Kami mahu melihat jika ia diterima semula oleh kawanannya. “Jika tidak, maksudnya ia telah membuktikan bahawa ia merupakan ‘gajah nakal’,” katanya. India mempunyai populasi gajah liar Asia sebanyak 30,000 ekor dan sejak kebelakangan ini, terdapat banyak kes pembunuhan gajah oleh penduduk kampung. Sumber: Kosmo
|
exclusive_vvip replied at 26-6-2021 03:04 PM
scary nyer...dulu2 penah tgk lam berita, gajah kat Thailand hempas org smpi mati..sbb org tu gi cucu ...
ADVERTISEMENT