Polis akan memanggil pereka grafik dan aktivis Fahmi Reza minggu depan berhubung poster Menteri Besar Perak Datuk Saarani Mohamad yang dimuat naiknya di Facebook dan Twitter, baru-baru ini.
Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, pihaknya memanggil beberapa individu sebelum ini untuk memberi keterangan bagi melengkapkan kertas siasatan. “Kita akan memanggil suspek utama dalam kes ini untuk memberi keterangan,” katanya ringkas hari ini. 17 Jun lalu, Ketua Pemuda UMNO Perak Mohd Ariff Abdul Majid membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar berhubung poster berkenaan yang disifatkan sebagai fitnah dan sengaja menimbulkan kebencian terhadap Menteri Besar Perak. Mohd Ariff dilaporkan berkata, poster yang dimuat naik Fahmi Reza itu menjadi tular bersama kapsyen berbunyi ‘kita dah bagi makan sardin, jangan gatal nak mintak ayam pulak’ mengundang kecaman dan maki hamun pengguna media sosial yang lain. Sumber: BERNAMA |
merrissa replied at 27-6-2021 08:22 PM
Sardin tin pon mahal
sehirkedi replied at 27-6-2021 07:30 PM
Sebenarnya cara MB ni jawab soalan wartawan sangat tak kena dan profesional. Tak perlu nak bandingka ...
mclaren replied at 27-6-2021 09:56 PM
Btw Fahmy ni kerja apa ye
Sebab asyik kena naik balai masuk lokap. Kerja sendiri ke
nikaido replied at 28-6-2021 01:02 PM
Graphic designer. Dlm interview ckp NGO & private company selalu upah
ADVERTISEMENT