Akibat terlalu fobia melihat jarum, seorang lelaki menangis sekuat hati ketika menerima suntikan vaksin Covid-19 di Balai Polis Indragiri Hulu. Lapor Kompas.com, tangisan itu berjaya dirakamkan dalam sebuah video berdurasi 10 saat.
Ketika kejadian, seorang anggota polis yang berada di sebelahnya cuba mententeramkan dirinya. Ketua Polis Inhu, Efrizal mengesahkan mengenai kejadian lucu itu dan penerima vaksin tersebut berasal dari Rengat. “Ketika hendak menerima suntikan, dia menangis dengan kuat. Selepas suntikan vaksin selesai akhirnya dia berasa gembira,” katanya. Program vaksinasi secara besar-besaran diadakan di pejabat polis itu sempena ulang tahun ke-75 Bhayangkara. Program bermula seawal pukul 8 pagi dan dilaksanakan dengan mematuhi protokol kesihatan Covid-19.
Sumber: Utusan
|
fly_in_d_sky replied at 27-6-2021 06:41 PM
hmm ada yang takut jarum
faham sangat
takde kena mengena dengan jantina
Adrif replied at 27-6-2021 08:48 PM
kan. abang aku salah seorang ada phobia jarum ni.
bukan takut biasa-biasa.. dia betul-betul g ...
jazaa100 replied at 27-6-2021 09:04 PM
Kena respect org yg ada fobia ni, bkn kutuk atau buat lawak.....
Aku pernah jumpa org yg takut ...
ADVERTISEMENT