CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hafeez Mikail Sedar Diri Tak Glamour, Pengikut Rendah

28-6-2021 12:47 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7228| Komen: 41

Kehadiran ramai pelakon baharu dengan jumlah pengikut media sosial yang tinggi sedikit-sebanyak menggugat kedudukan aktor Hafeez Mikail dalam industri hiburan.

Menurut Hafeez atau nama sebenarnya, Muhd Hafiz Muhd Zaki, 29, dia sedar populariti di media sosial menjadi kayu ukur bagi seseorang penggiat seni untuk terus bertahan.

Kredit foto: IG

"Dulu dunia lakonan adalah pendapatan utama. Tapi sekarang ramai pelakon baharu yang lebih berbakat serta mempunyai followers ramai.

"Jadi saya tahu satu hari nanti nama saya akan fade away... takkan laku. Jadi tak mengapalah... saya tak famous," katanya kepada mStar.



Hafeez ditemui pada sidang media drama Hatimu Sedingin Salju yang diadakan secara maya pada Khamis.

Bercerita lanjut tentang masa depannya dalam bidang seni, Hafeez berkata dia kini menjadikan kerjaya sebagai pelakon sebagai hobi.

"Jadi kini saya buat ni sebagai hobi, mungkin juga saya akan lebih pilih job sebab sudah sampai masanya (perlahankan kerjaya seni).

"Tapi bukan bermaksud saya merajuk, I love my job. Tapi apa yang saya buat sekarang boleh beri pendapatan pasif.


"Sebab tu saya ambil inisiatif untuk buat sesuatu yang lain," katanya lagi.

Tambah Hafeez dia kini lebih selesa memberi tumpuan kepada perniagaan kedai makan dan bidang perundingan kewangan.




"Saya tak akan berhenti, saya akan terus berlakon kerana sudah melakukan kerja ini sejak berusia 16 tahun.

"Tapi nak kata kurang tawaran berlakon tak juga, setiap bulan tu ada je penggambaran. Mungkin tak terlalu ke tengah.



"Hakikatnya ada je job sampai ada masanya kena tolak sebab sekarang saya ada bisnes sendiri, jadi tak ambil watak besar sangat," katanya. -CARI

Sumber: mStar Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Raline 28-6-2021 12:54 PM
hmm org klate?
Quote Ferr_Remy 28-6-2021 01:02 PM
Muka iras Noh Hujan. Tp idola die tu sape?
Quote wirazam 28-6-2021 01:07 PM
Raline replied at 28-6-2021 12:54 PM
hmm org klate?

Org key ell larr
Quote wirazam 28-6-2021 01:09 PM
Ingatkan pelakon yg sorang lagi tu..Nama lebih kurang sama lak...yg minat melukis ...tapi every 5 minit akan gigit berus dan tengok cermin
Cc @dudaberhias
Quote dudaberhias 28-6-2021 01:12 PM
sebenarnya tak popular sebab tak cukup kacak... dan wajah bersabut kelapa...
penat nak kena mengopek ngopek nak cari mulut untuk comolot...
pompuan sekarang ni nak semuanya dah di sediakan depan mata takmau dah mengopek2...

masak pun kami pakai blender dah yer...
lesung batu is soooo 1890 zaman mahsuri kena ikat dekat pokok...
santan pun orang dah tak kopek2 kelapa sekarang ni... orang beli dalam kotak je..

penyapu pun orang dah tak cantas2 atau gigih memanjat pokok kelapa nak ambil daun kelapa...
orang pakai dyson je sekarang ni...
Quote tipah89 28-6-2021 01:14 PM
sapa ni xkenal... berlakon drama ape beliau ni.
Quote supermum 28-6-2021 01:19 PM
Aku suka dia ni, dia macam underdog walaupun berbakat. Gigi rabbit dia comel. Dia selalu je berlakon cuma dia selalu ubah penampilan sampai muka tak recognizable. Sekejap nerd clean-shaved, jap rambut panjang, now beremos-remos.
Quote nakkomenjugak 28-6-2021 01:20 PM
baguslahhhh sedar diri.
Quote kiah_mai_pulak 28-6-2021 01:20 PM
ingtkan noh hujan dh tukar nama
Quote pearl.silver 28-6-2021 01:21 PM
Dah kawen ke dik

Dia ni pendek sikit kn
Quote wirazam 28-6-2021 01:25 PM
dudaberhias replied at 28-6-2021 01:12 PM
sebenarnya tak popular sebab tak cukup kacak... dan wajah bersabut kelapa...
penat nak kena mengope ...

Kak Duda punya posting mmg buat aku tergelak..sabut kelapa lar etc etc..
Btw..dia nih nampak not bad jugak..lebih kurang mcm syafiq tu je tgknya..cumanya X famous sgt..
Kena pilih watak juga nih..pilih watak hero drama kul 7 ye..baru leh popular..
Quote dudaberhias 28-6-2021 01:36 PM
wirazam replied at 28-6-2021 01:25 PM
Kak Duda punya posting mmg buat aku tergelak..sabut kelapa lar etc etc..
Btw..dia nih nampak not  ...

yer kaka... badan sedap katanya yang gambar last tu
Quote Ciktiekus 28-6-2021 01:38 PM
Muka mcm penah nampak..xdapat rekol lagi die belakon cite ape..
Quote Kurex 28-6-2021 01:48 PM
Bukak la baju tu dulu, kalau ranum, iols tak kisah & akam ingat sampai bila2
Quote ImpianSeroja 28-6-2021 02:05 PM
Iye setuju yg komen cam noh hujan..iolls first time tgk pic  pun rasa mcm noh hujan
Quote LadyCarefree 28-6-2021 07:01 PM
Ambition: comando

What da do is a comando?
Quote LadyCarefree 28-6-2021 07:02 PM
Apa qualification dia ya?
Quote kakigojes 28-6-2021 07:07 PM
"Saya tak akan berhenti, saya akan terus berlakon kerana sudah melakukan kerja ini sejak berusia 16 tahun.”

Masa 16 tahun tu muncul watak kameo ke, then self proclaim saya dah 14 tahun dalam industry… Tapi entahlah, gambate la dalam perjalanan ni. I tengok IG u pun, u post 61 gambar, IG ni kalau u rasa jadi pengukur, u treat la ia sebagai asset dan investment, post la banyak, engage dgn content/followers etc
Quote slyfynx 28-6-2021 09:28 PM
Ce kemas sikit rambut tu.
Ntah la.
Xpernah tgk pun die ni berlakon.
Aku jrg tgk tv.

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 01:49 PM GMT+8 , Processed in 0.087916 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top