CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Coki Jadi Duta Pusat Tuisyen, Mengaku Ketinggalan Dalam Pelajaran

28-6-2021 01:01 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6045| Komen: 29

Mengakui agak ketinggalan dalam pelajaran, pelakon Coki yang memilih untuk mengikuti proses pembelajaran dari rumah atau homeschooling berkata dia perlu menggandakan usaha sebagai persediaan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun depan.


Bagaimanapun ujar Coki atau nama sebenarnya Muhammad Danish Daniel, 16, keputusannya mengikuti pengajian secara dalam talian di Pusat Tuisyen Idea Unggu (PTIU) banyak membantunya untuk mengulangkaji pelajaran.


Foto: IG

"Sejak ikut PTIU ni prestasi saya semakin meningkat. Sebelum ni saya banyak ketinggalan dalam pelajaran sepanjang di tingkatan 4.

"Alhamdulillah apabila masuk kelas di PTIU ni saya mudah faham apa yang dipelajari," katanya kepada mStar.


Menurut pelakon filem Petaka ini, dia bersyukur apabila diberi kepercayaan untuk menjadi duta PTIU bagi mengajak golongan muda sepertinya untuk berjaya dalam pelajaran.



"PTIU beri kepercayaan kepada saya untuk ajak pengikut saya sama-sama berjaya dalam pelajaran.

"Ia banyak membantu saya dalam pelajaran, tak pernah lagi jumpa pusat tuisyen macam ni kerana cara mereka memang berbeza.

"Saya taknak sia-siakan peluang ni kerana ia membantu saya mendapat keputusan yang cemerlang untuk SPM tahun depan," katanya.




Tambah Coki, sebagai pelakon dan selebriti media sosial dia berdepan kesukaran untuk membahagikan masa antara kerjaya dan pelajaran.

Namun katanya pembelajaran secara dalam talian di pusat tuisyen berkenaan merupakan penyelesaian terbaik.



"Orang kata sebagai influencer dan seseorang yang terlibat dalam industri hiburan ni kena pandai agihkan masa kerja dan pelajaran.

"Jadi saya luangkan masa untuk belajar bersama guru-guru di PTIU sebanyak dua atau tiga kali dalam seminggu... Saya kena seimbangkan.




"Semua pelajar sasarkan untuk dapat stright A. Saya memang berharap untuk mendapat keputusan cemerlang pada tahun hadapan," ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote salmon-suki 28-6-2021 01:10 PM
Ai xsuka dia ni..titik..
Quote miszclassique 28-6-2021 01:11 PM
Level2 tiktok joget je ni hmmm awak dilahirkan katik dikk mohon love yourself tapi jangan acah hot sbb tak sesuai langsung...
Quote Purina 28-6-2021 01:41 PM
Oh nama ko coki..
Maaf la deq..hakak xkenal ko..
Quote Kurex 28-6-2021 01:47 PM
Rasanya dah 2 kali ada cerita budak ni dalam porem. Tetap jugak tak kenal. Woi repot, cerita macam ni kau bukak dalam benang pendidikan & gaya hidup la ngok. Buduh mcm acehand jizklongklong
Quote dudaberhias 28-6-2021 01:49 PM
who are yussss tahap dewa langit ke 77...

founder coki coki ke?
Quote LostStar 28-6-2021 01:51 PM
Sempat lg makan bitamin appeton yg tinggi tu... goooo!
Quote Nnasda53 28-6-2021 01:56 PM
Tetap tak kenal budak ni.

Quote opie5662 28-6-2021 02:07 PM
Pusat tuisyen bodoh yg mane amek maknusia bengap ketinggalan dlm pelaharan jadi duta....
Quote MoonRise 28-6-2021 02:11 PM
Aku tak faham betul macam mana budak nie jd femes.
Siap jadi kegilaan gadis2. Duk idola2.

Tapi tula kan. Rezeki masing2
Tapi tetap can't brain
Quote ketupatnasi 28-6-2021 02:14 PM
Coki coki pun 1.3 M followers ya
Quote wanokakaka 28-6-2021 02:59 PM
I tak kenal budak ni. Berlakon cerita apa kah?
Quote nakkomenjugak 28-6-2021 03:08 PM
Takpe laa dek nonnnn. Ajak2 laaa BBNU lain sama2 study hingga ke menara KLCC
Quote Ferr_Remy 28-6-2021 05:36 PM
Camne ade 1.3 million followers tp sorg kt sini pun haram x kenal? Nak kate iols da kertu, anak2 buah iols yg 13 taun dgn 9 tahun pun x kenal heols..... Sah2 la beli followers ni. Koser!
Quote TomyamPuteh 28-6-2021 05:46 PM
Kalau buang C, tukar dgn P jadi apa?
Quote ImpianSeroja 28-6-2021 06:44 PM
Nama punya sedap.. alih2 jd coki..why dik why
Quote September14 28-6-2021 06:45 PM
Sapa
Pulak cokia ni
Quote cikgojesss 28-6-2021 06:49 PM
lahanat mana ni sis?
Quote slyfynx 28-6-2021 06:57 PM
Ayat, konon nk belajar.
Ko sbb kene jadi duta, dpt duit, so kene la buat rajin.
Bgs2
Semua bg retis ye.
Brg free tajaan bagi retis.
Ikan salmon bg retis, vaccine bg retis.
Xde retis cemane vaccine nk dihasilkan untuk menangani pandemik ni
Quote primarikey 28-6-2021 09:14 PM
Tak kenal...
next

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 02:02 PM GMT+8 , Processed in 0.164076 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top