KWSP akan membenarkan penyimpan untuk melakukan pengeluaran melalui program pengeluaran baharu iaitu i-Citra, kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Katanya, pengeluaran dibenarkan sehingga RM5,000 dengan kadar bayaran tetap RM1,000 sebulan untuk lima bulan, tertakluk kepada jumlah simpanan ahli. Ahli boleh mula memohon kemudahan pengeluaran di portal i-Citra bermula 15 Julai 2021 dengan pembayaran pertama dijangka akan dikreditkan ke akaun ahli pada Ogos 2021. Program itu bagi meringankan beban seramai 12.6 juta yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. Sumber: Bernama TV |
lurve82 replied at 28-6-2021 06:38 PM
Wow duit kepok2 kat gmbr
exclusive_vvip replied at 28-6-2021 07:17 PM
tu la...i pun tergelak tgk gmbr hiasan tu..entah mana punya talk MLM la yg wartawan CARI ni gi ami ...
caramello replied at 28-6-2021 07:33 PM
Akaun 1 akaun 2?
Kurex replied at 28-6-2021 08:24 PM
Aku ambik je.. taknak jadi macam kawan aku yg bodoh sombong. Berlagak pandai tapi transfer duit guna ...
tobobon replied at 28-6-2021 08:39 PM
Kena tengok dulu t&c cam mana...nanti jadi mcm i sinar mula2..kena tunjuk pengurangan gaji bagai...k ...
toxicated replied at 28-6-2021 09:51 PM
So bila nak i-bunga? I citra dah, i lestari dah..
lampor replied at 28-6-2021 09:54 PM
I-bunga bila nak pilihanraya nanti... So boleh la nyanyi lagu ingkar... Hahaha
green~tea replied at 28-6-2021 07:49 PM
macam nama losyen faveret kat uni dulu2
ADVERTISEMENT