Walaupun sudah hampir 30 tahun aktif di daam bidang seni, nama pelakon Azhan Rani hanya mula menjadi sebutan apabila memegang watak sebagai Ustaz Madi di dalam drama bersiri Nur. Sejak itu segala gerak geri, tutur katanya mula mendapat perhatian media dan netizen sama seperti selebriti popular lain. Terkini, wataknya di dalam drama Keluarga Untuk Disewa menerima berbagai reaksi dan komen daripada netizen. Selain respon positif, ada juga yang seakan terganggu dengan warna rambutnya di dalam drama itu yang diwarnakan dengan warna kuning durian. Mungkin bengang walaupun telah dijelaskan berkali-kali yang rambutnya itu hanya sebagai memenuhi keperluan watak di dalam drama, baru-baru ini Azhan telah menyindir komen yang bertanya dia tidak malukah memuatnaik gambarnya sebegitu rupa dengan usianya yang telah mencecah 47 tahun.
Netizen : "Maaf tnya:')tk rasa malu ke kita dh berumur lepas tu post gmbr mcm ni:')" Azhan: tak la sebab tu watak dalam lakonan. bukan saya. awak tu dah tua2 masih judgmental orang lain pernah rasa malu tak? ke memang nak bawa sampai ke kubur" Dan makcik, pakcik bawang pun apa lagi, berjemaah mengutuk komen yang bertanyakan soalan itu sambil bergelak ketawa. Tidak cukup dengan jawapan yang diberi, Azhan memuat naik 'screenshot' kejadian sebagai hantaran di laman Instagramnya membuatkan makcik, pakcik bawang serta tidak ketinggalan ada rakan artis sekali lagi berpesta mengutuk dan mentertawakan tuan punya akaun yang bertanya tersebut. Dah seperti 'cyberbully' jadinya, mungkin masing-masing bahagia dengan apa yang dibuat. Tenang seketika IG Azhan Rani, namun salah faham terhadap gurauan Azhan yang berkata dia mempunyai akaun berjumlah 580,000 sekali lagi menguji kesabaran 'Ustaz Madi'. MO sama digunakan, memuat naik 'screenshot' komen netizen sambil disertakan kapsyen 'sindiran' . Ditegur pelakon Roy Azman untuk 'chill' sahaja, Azhan membalas dia okey sahaja, sambil makan maggie, sambil baca komen katanya. Seronok agaknya membaca komen-komen makcik dan pakcik bawang. Bukan pelakon yang bernama Azhan Rani sahaja sering diperli, dikecam netizen. Pelakon, selebriti lain ada yang berganda lebih teruk kecaman, komen yang diterima, mungkin Azhan Rani selesa dengan apa yang dibuatnya kerana nasihat yang diberi netizen sepertinya tidak dapat diterima oleh Azhan dan mungkin juga Azhan ingin memberi mesej agar berhati-hati sebelum membuat sebarang komen berkaitan dirinya dan mungkin selepas ini netizen akan lebih berhati-hati sebelum menulis sesuatu atau memberikan komen untuk individu yang bernama Azhan Rani, takut nanti tak memasal mendapat slot khas di laman Instagramnya sambil dikutuk makcik, pakcik bawang hingga kemurungan. Semoga Azhan Rani mendapat temu janji vaksin yang ditunggu memandangkan dia seorang penderma darah tegar. Jangan lupa semak MySejahtera. - CARI
|
lanse replied at 29-6-2021 09:43 AM
Dia ni makin lama makin suka sentap. Dulu rasa ok ja.
Fly_over replied at 29-6-2021 09:41 AM
dia ni dalam almari ke? asik myentap je. hingga iols meragui kejantanannya..
KIM.K replied at 29-6-2021 10:51 AM
Dah lama dah aku cakap. Namon dicantas cecepat oleh multinick beliyau dalam porom
Fly_over replied at 29-6-2021 11:14 AM
kan.. jantan sejati takde la kuat sentap gini. ss, mroyan, ajak org lain mgutuk berjemaah.. lama2 ...
ADVERTISEMENT