CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

2 Beranak Keluar Malam Cari Kotak Di Tempat Buang Sampah Demi Sesuap Nasi

29-6-2021 01:10 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4357| Komen: 30

Seorang pengguna Facebook, Mohamad Firdaus, berkongsi sekeping gambar yang cukup membuat netizen berasa sedih dan pilu melihat seorang lelaki bersama anaknya mencari kotak di tempat pembuangan sampah.


Dia bersama anaknya sanggup mencari kotak-kotak sehingga lewat malam demi sesuap nasi. 


Kredit foto: FB

Firdaus mengatakan bahawa dia terserempak dengan dua beranak itu pada pukul 8 malam di Taman Suria, Jitra, Kedah.

Walau bagaimanapun, pada mulanya lelaki berkenaan enggan mengambil duit yang dihulur kerana risau dengan pandangan orang lain terhadap dirinya, namun anaknya mengambil wang tersebut. 

Bapa kepada lima anak berkenaan hanya mampu bergenang air mata sebagai tanda bersyukur dengan rezeki yang diberikan oleh pemuda itu.

Pemuda itu berasa sebak melihat dua beranak berkenaan yang sanggup mencari kotak ketika jalan di kawasan sunyi itu kerana tiada orang keluar akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sebak melihat keadaan lelaki berkenaan bersama anaknya itu mencari kotak di tepi tong sampah. Malah ada juga di antara mereka mendoakan agar keluarga itu dimurahkan rezeki.


Sumber: OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tripleid 28-6-2021 04:50 PM
[fbp]https://m.facebook.com/suararakyatpage/photos/a.199846193527239/1945046652340509/?type=3&source=54&ref=page_internal[/fbp]
Quote Skuau 28-6-2021 05:02 PM
tripleid replied at 28-6-2021 04:50 PM


kilang ''KAWAN' kat Sgor masih beroperasi lg.....jangan bising....jangan kacau...depa buat covid..eh salah...buat duit....tolong lu olang jugak...
Quote tripleid 28-6-2021 05:06 PM
Skuau replied at 28-6-2021 05:02 PM
kilang ''KAWAN' kat Sgor masih beroperasi lg.....jangan bising....jangan kacau...depa buat covid ...

Rakyat lega..PN menang rakyat 'SENANG'..
Quote Skuau 28-6-2021 05:12 PM
tripleid replied at 28-6-2021 05:06 PM
Rakyat lega..PN menang rakyat 'SENANG'..


Telima kasih PN..wa 'kawan' punya kilang talak kacau...kita olang pon talak mising guling bantah ini hal...lg lu olang talak kacau...kita talak mising..tq PN.
Quote Raline 28-6-2021 05:27 PM
pengecut kerajaan ni
Quote Raline 28-6-2021 05:28 PM
Quote Raline 28-6-2021 05:29 PM
Quote chandrahusin 28-6-2021 05:41 PM

kononnn makan maggi
org miskin makan maggi buat isi perut
korang makan maggi to satisfy yr craving
isshhh ptt carut je diorg ni
Quote dani-rox 28-6-2021 05:53 PM
apa kata restaurant atau kedai makan sediakan servis pay it forward?
customer yg murah hati boleh pilih menu dan bayar terlebih dahulu, resit tu kemudian lekat kat tack board. siapa2 yg lapar tp tak mampu, boleh pilih resit dan ambik makanan yg dah dibayar tu.





Quote Raline 28-6-2021 07:50 PM
kerajaan ttp bangsa...tt selama2 nya!
Quote CARI-MAL 29-6-2021 01:10 PM
Seorang pengguna Facebook, Mohamad Firdaus, berkongsi sekeping gambar yang cukup membuat netizen berasa sedih dan pilu melihat seorang lelaki bersama anaknya mencari kotak di tempat pembuangan sampah.


Dia bersama anaknya sanggup mencari kotak-kotak sehingga lewat malam demi sesuap nasi.




Kredit foto: FB




Firdaus mengatakan bahawa dia terserempak dengan dua beranak itu pada pukul 8 malam di Taman Suria, Jitra, Kedah.


Walau bagaimanapun, pada mulanya lelaki berkenaan enggan mengambil duit yang dihulur kerana risau dengan pandangan orang lain terhadap dirinya, namun anaknya mengambil wang tersebut.


Bapa kepada lima anak berkenaan hanya mampu bergenang air mata sebagai tanda bersyukur dengan rezeki yang diberikan oleh pemuda itu.


Pemuda itu berasa sebak melihat dua beranak berkenaan yang sanggup mencari kotak ketika jalan di kawasan sunyi itu kerana tiada orang keluar akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).








Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sebak melihat keadaan lelaki berkenaan bersama anaknya itu mencari kotak di tepi tong sampah. Malah ada juga di antara mereka mendoakan agar keluarga itu dimurahkan rezeki.




Sumber: OhBulan
Quote Raline 29-6-2021 01:18 PM
https://bm.cari.com.my/forum.php ... ;page=1#pid72843626

dah ada makcik
Quote cupu 29-6-2021 01:21 PM
Bodo kan..yg menteri sibuk bg derma dkt palestin...beria ria...bg tak salah.tapi kau pergi check dulu rakyat kau..geram aku.
Quote rospinki 29-6-2021 01:39 PM
Aku pernah jumpa satu femili dgn anak kecik 4 org sprg tu baby lagi dia letak dlm kotak. Pagitu aku gi keja awal siap beli bungkus bfast dan lunch mmng tak sabar nk makanlah kiranya ada nasi kerabu pulut rendang luihw sbab kt ofc nti bole share. Oo kisah dia bila smpi disimpang aku terlihat femili tgh godek sampah anak2 nmpk gembira jumpa baju dan mainan terpakai..sapalah buang sampah tepi jalan byk2 ni kata hatiku..bila jalan dh clear aku belok kiri terus stop tepi jalan dan panggil anak pompuan dia utk beri smua makanan yg ku beli tadi serta sdkit duit. Terus anak tu menjerit paggil ayahnya kegembiraan. Thats all the story.
Quote wirazam 29-6-2021 01:43 PM
cupu replied at 29-6-2021 01:21 PM
Bodo kan..yg menteri sibuk bg derma dkt palestin...beria ria...bg tak salah.tapi kau pergi check dul ...

Ni mmg kena basuh dgn netizen....utamakan dulu rakyat kat negara sendiri ye..ticket kapal terbang ko dan kos penginapan makan minum ko tu bole bg makan 5 -10 org family miskin
Quote wirazam 29-6-2021 01:46 PM
rospinki replied at 29-6-2021 01:39 PM
Aku pernah jumpa satu femili dgn anak kecik 4 org sprg tu baby lagi dia letak dlm kotak. Pagitu aku  ...

Bagusnya kas ros nih..sedih Gak BC posting kak Ros...ye lar..bukan semua org dilahirkan senang
Quote sharlenetexas 29-6-2021 01:49 PM
Kes duda yang cari barang2 kat tong sampah kat melaka hari tu staf majlis agama datang melawat rumah mak ayah dia.

Quote Artemesiaa 29-6-2021 01:51 PM
Makin ramai buat kerja macam ni sekarang dah tak segan2 lagi dah
Quote sparkly 29-6-2021 02:05 PM
mana yb, adun, munteri...hangpa ada driver kan..rajin2 la naik kereta ronda2 kwsn hang tu...siap2 kan duit angpau rm100-rm200 ke, hulur2 la sikit

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 09:53 PM GMT+8 , Processed in 0.064505 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top