Menerusi kisah yang dikongsi Mohd Fadli Salleh di Facebook, seorang ibu tunggal terpaksa berusaha keras untuk bekerja demi meneruskan kelangsungan hidup. Apabila bekerja dalam keadaan yang tertekan, maka anaknya pula yang menjadi tempat melepaskan geram. Hendak diharapkan bekas suami, tetapi dia pula tidak bertanggungjawab.
Akibat daripada terbeban dengan kelas PdPR, wanita berkenaan menjadi stres, namun dia masih mencuba untuk mengajar anaknya dengan baik di rumah walaupun badannya sudah penat. Sejak itu, wanita berkenaan nekad untuk menjadi ibu yang lebih baik untuk anaknya setelah melihat anaknya yang sering membantunya. Menurut guru itu, dia berasa sebak apabila membaca kisah ibu tunggal berkenaan kerana si cilik itu merupakan anak yang baik, namun menjadi mangsa dipukul ibunya gara-gara tertekan dengan PdPR yang anaknya tidak mampu ikuti. Guru sekolah kanak-kanak berkenaan menghubungi ibunya kerana risau kanak-kanak itu menghadapi masalah pada motor skills. Hal ini kerana saiz tulisannya agak besar dan teruk. Guru tersebut turut memaklumkan agar kanak-kanak berkenaan perlu dirujuk ke doktor pakar. Susulan itu, Fadli berharap ibu bapa di luar sana supaya tidak terlalu tertekan dalam membantu mengajar anak-anak ketika PdPR. Jelasnya lagi, ibu bapa juga dinasihatkan supaya menjaga emosi dan kesihatan mental anak-anak kerana ianya sangat penting selain memberi kesan yang besar kepada kehidupan mereka. Jangan disebabkan PdPR, anak-anak menjadi mangsa untuk lepaskan stress sehingga tergamak memukul anak-anak. Sumber: OhBulan
|
salmon-suki replied at 29-6-2021 02:32 PM
Urm..kesian ibu tunggal ni..nak2 y anak ramai,sumber pendapatan pun kurang,nak layan anak2,keje ruma ...
azimodin replied at 29-6-2021 02:42 PM
Ada cikgu sekolah anak aku pon suka sindir2 ibu bapa yang lambat upload homeork yg dah siap. Satu ha ...
salmon-suki: Urm..kesian ibu tunggal ni..nak2 y anak ramai,sumber pendapatan pun kurang,nak layan anak2,keje rumah etc..y exlaki tak bertanggungjawab..jahat betul! ...
dua_chzy replied at 29-6-2021 07:37 PM
Padan la muka korang. Padehal kat CI kemain kutuk cikgu. Klas blakang ja layak jadik cikgu la. Kerja ...
dua_chzy replied at 29-6-2021 07:37 PM
Padan la muka korang. Padehal kat CI kemain kutuk cikgu. Klas blakang ja layak jadik cikgu la. Kerja ...
ADVERTISEMENT