Kecoh baru-baru ini dengan video tular mengenai seorang individu memberi 'tazkirah' dengan kasar ketika mengagihkan bantuan. Ia sekali gus mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan warganet dengan tindakan 'ustaz' berkenaan yang dianggap tidak wajar selain mencemar imej Islam.
Pengarah dan penerbit Michael Ang yang kerap bersuara mengenai situasi semasa pandemik Covid-19 turut terkilan dengan cara individu itu seolah-olah memalukan penerima bantuan. "Tepokkkk dah tahniah sebab satu video akan buat orang salah anggap dan benci Islam. "Macam ni ke Allah ajar kita. Nak derma derma tu derma ajelah, tak perlu nak malukan macam tu," tulisnya di Instagram. Kata Michael, dia sangat sedih hingga malu dan menyesal apabila orang tahu dirinya yang kini berpegang pada Islam.
"Semenjak Covid-19 ni macam-macam Pak menteri buat dan kenyataan bodoh yang keluar aku tak marah atau bersedih. "Mungkin niat kau nak tolong tu bagus tapi niat kau nak berdakwah tu buat macam orang kat situ dah tak ada harga diri! "Anda lebih teruk dari Israel!" luahnya. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Siapa 'ustaz' ini sebenarnya? Memang bersikap begitu atau demi publisiti semata-mata? - CARI
|
sharlenetexas replied at 4-7-2021 09:00 PM
Patut setat ni gi tazkirah kat ibu pemalas mintak derma lampin mamipoko kat anak lima tahun tu.
ADVERTISEMENT