Seorang lelaki ditahan polis selepas didakwa membunuh anak perempuannya berusia 15 tahun hanya kerana ingin ‘puaskan hati’ isteri keduanya. Lapor Gulf News, kejadian menyayat hati itu berlaku di Qena, baru-baru ini.
Menurut polis, lelaki itu membunuh anak perempuannya dengan memukulnya menggunakan batang kayu yang dilekat dengan paku disebabkan gadis itu sering bertengkar dengan ibu tirinya. Siasatan mendapati, lelaki itu membunuh anaknya dengan dibantu isteri kedua yang didakwa membersihkan kesan darah dan mengebumikan mayat anak mereka di lokasi yang tidak didedahkan. Selepas itu, wanita terbabit membuat laporan polis mengatakan anak tirinya hilang. Namun, polis mengesyaki ada yang tidak kena ketika soal siasat dijalankan dan akhirnya wanita itu mengakui dia dan suaminya membunuh anak perempuan mereka. Lelaki itu memberitahu, anak gadisnya sering memaksanya menceraikan isteri keduanya dan mereka selalu bertengkar.
Sumber: Utusan
|
ADVERTISEMENT