Tidak mahu berdiam diri, penyanyi terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza pada Ahad melaksanakan Bantuan Prihatin 2021 bagi membantu 1,500 keluarga terjejas akibat pandemik Covid-19. Siti yang juga pengasas Yayasan Nurjiwa berkata, program ini menyasarkan golongan kanak-kanak daripada keluarga yang memerlukan di seluruh Selangor dan di Kuala Lumpur.
“Bantuan ini memfokuskan kepada barangan keperluan kanak-kanak berusia enam tahun ke bawah dan boleh dimohon oleh keluarga di Selangor dan di Kuala Lumpur. “Kami akan usahakan secara berperingkat dan menyasarkan 1,500 keluarga yang terjejas akibat pandemik sewaktu Perintah Kawalam Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ini, ” ujarnya. Penyanyi berusia 42 tahun ini juga mengalu-alukan lebih ramai individu, syarikat dan NGO untuk menyertai usaha ini sebagai Rakan Kolaborasi Prihatin.
Program bantuan ini turut disertai oleh syarikat Ikhlas.com, Mommyhana Creative Sdn.Bhd, Yayasan Rosni Noor dan L&K Multivision Sdn.Bhd. "Saya juga berharap agar lebih ramai lagi pihak yang akan menyertai kami sebagai Rakan Kolaborasi Prihatin bagi program bantuan ini, '' katanya. Dalam pada itu, penyanyi lagu Aku Bidadari Syurgamu ini menzahirkan ucapan terima kasih di atas kesudian syarikat yang menjadi Rakan Kolaborasi Prihatin bagi program bantuan tersebut.
|
AmandaRollins replied at 5-7-2021 02:29 AM
Pakai kasut dlm rumah?ok
Heydidle replied at 5-7-2021 02:52 AM
bersih u. Khas utk dlm rumah je
AmandaRollins replied at 5-7-2021 02:29 AM
Pakai kasut dlm rumah?ok
guesswho09 replied at 5-7-2021 02:51 PM
Laaa tak penah tgk org pakai kasut dlm rmh ka?
perkara biasa je tu dik
ADVERTISEMENT