Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Itulah yang dilakukan oleh pasangan selebriti Johan Rajalawak dan isteri, Ozylnn Wati dalam mendidik anak-anak mereka. Ozlynn sebelum ini dilihat sering berkongsi aktiviti harian bersama anak-anak mereka di platfom media sosial. Semalam, Ozylnn memuat naik lagi satu video menyaksikan anak-anaknya mengemas rumah selepas menunaikan solat Subuh. Sebagai seorang ibu, Ozlynn meluahkan rasa terharu melihat anak-anaknya bangun pagi untuk mengerjakan solat Subuh. Usai solat Subuh, anak-anaknya segera mengagihkan kerja untuk mengemas rumah termasuklah menyapu sampah, membersihkan meja dan memberi makanan kepada haiwan peliharaan mereka.
" Pukul 6.30 pagi Haziq ketuk pintu bilik tanya mama dah bangun ke solat Subuh. Kita pun bagitahu dah, pastu kita tanya dah solat? Dah ngaji? Dia jawab dah mama. Tak sampai 2 minit Abang Sodiq dia ketuk pula. Mama, dah bangun ke? Kita tanya awat? Dia jawab saja nak check. Kita pesan jangan lupa ngaji. 6.45 pagi dia ketuk bilik lagi. Mama rabbit nak bagi makan sayur ke carrot? Kita buka pintu tengok wahh dia dah mandi la. 6.50 kita turun bawah tengok Abang Ariq dengan Haziq tengah kemas rumah. Dia orang duk agih-agih kerja rumah. Sodiq dah sapu luar rumah, dah susun selipar dah bagi kucing makan. Haziq tugas dia lap semua meja dan almari supaya tak berhabuk. Okay la, Alhamdulillah. At least apa yang papa dia nasihat selama ni masuk otak walaupun kadang ke laut. Papa dia cakap, selagi papa hidup papa akan sentiasa ingatkan sebab tu tanggungjawab papa. Semalam dengan kelmarin dia orang solat Subuh mama kejut. So semalam dia orang kena sekolah dengan papa. Dah ajar banyak kali, alarm jangan letak sebelah telinga, senang nak stopkan. Letak kat pintu bilik, sah-sah kena bangun matikan. Baru tak tidur balik. So malam tadi dia orang tetap kena tidur awal walaupun hari ini Sabtu sebagai pengajaran so no game malam tadi. Senang je nak tau dia orang bangun ke tidak, suruh dia orang ketuk bilik kita setiap seorang. Bila dah bangun mustahil tak solat tak ngaji." katanya. Tambah Ozylnn lagi, suaminya Johan atau nama sebenarnya Mohd. Yazid Lim bin Mohamad Aziz sering menasihati anak-anak mereka tentang kepentingan menjaga solat dan kebersihan rumah. Ozlynn juga menegaskan kepada para ibu bapa supaya jangan "give up" untuk sentiasa mengingatkan anak-anak tentang perkara yang sama seperti solat, jaga kebersihan kerana sudah menjadi tanggungjawab sebagai ibu bapa untuk mengingatkan anak-anak.
|
Ozlynn, 39, berkahwin dengan Johan Raja Lawak, 37, pada 2009 dan mereka dikurniakan 5 orang anak iaitu Ahmad Ariq Hanania, Ahmad Sodiq Hainana, Ahmad Haziq Hanania, Nur Latifah Chantiq Hanania dan Nur Latifah Moleiq Hanania.
babynina30 replied at 5-7-2021 07:29 AM
Bagos cara dia didik anak
Cuma rumah dia crowded mcm too much stuff.
babynina30 replied at 5-7-2021 07:29 AM
Bagos cara dia didik anak
Cuma rumah dia crowded mcm too much stuff.
jemahjacjon replied at 5-7-2021 08:05 AM
Itu la dulu tgok rumah dia macam sepah. Tp yela dah ramai kan dlm satu rumah. Tgok pun mcm rumah t ...
Suchi replied at 5-7-2021 08:24 AM
Kebanyakkan orang yg suka masak dia cuma suka masak je, malah ada yg dah ngaku cuma suka masak je ...
babynina30 replied at 5-7-2021 07:29 AM
Bagos cara dia didik anak
Cuma rumah dia crowded mcm too much stuff.
kakakgarang replied at 5-7-2021 09:01 AM
iolls pun rengsek dgn rumah sepah sheolls...
kalau captioon ig , mcm dia terpaling pembersih.. ta ...
chinta89 replied at 5-7-2021 09:03 AM
me tanya je nih, knpa berkiblatkan sgt artis2 dlm mendidik anak... x leh ke jadikan org lain sbg rol ...
babynina30 replied at 5-7-2021 09:14 AM
Oh caption dia salu mcm terpaling bersih ocd etc ke u.
Tak selaras yachh dgn gambarajah
babynina30 replied at 5-7-2021 08:53 AM
Ooo kira sheols ni suka masak kan.
Cumanya dia menjd diri sendri lah bila selambe tyg rumah gitu ...
ADVERTISEMENT