Datin Elvina Mohamad mendedahkan dia mengalami kecederaan ringan ketika menjalani penggambaran filem pertamanya, Zombitopia. Pemilik nama Norzalina Mohamad, 26, ini berkata, gusinya terkoyak dan berdarah selepas terlanggar kamera ketika melakonkan babak dikejar zombi.
"Filem aksi dan watak saya pegang adalah zombi. Separuh zombi... separuh manusia. Kalau zombi sepenuhnya, tahu la macam mana nak buat. "Jadi, watak itu memberi satu cabaran buat saya. Selain itu, filem itu banyak bermain dengan kesan khas CGI, jadi saya kena banyak guna imaginasi sendiri. "Ada satu babak ini, saya perlu guna imaginsi sendiri kononnya dikejar sesuatu, saya berlari dan terlanggar kamera sehingga menyebabkan gusi koyak dan berdarah," kata Elvina kepada mStar. Elvina berkongsi perkara itu ketika di sidang media secara maya bagi mempromosikan filem Zombitopia yang bersiaran di saluran penstriman Disney + Hotstar bermula 2 Julai.
Selain Elvina, turut terlibat menjayakan filem aksi fiksyen ini ialah Shahiezy Sam Azman Hassan, Bront Palarae dan Sharifah Amani. Dalam pada itu, pelakon drama siri Takdir Yang Tertulis ini memberitahu dia juga banyak belajar tentang lakonan apabila bergandingan dengan barisan pelakon berbakat dalam filem tersebut. "Bila dapat berlakon dengan pelakon yang hebat dan senior dalam industri, saya banyak tengok cara mereka berlakon terutama Shaheizy Sam. Saya banyak bergandingan dengan dia dalam filem itu. "Sam banyak membantu dan memberi pendapat kalau saya tak faham sesuatu babak itu. Dia sentiasa pastikan saya selesa supaya kami berdua dapat keserasian. "Dekat set penggambaran, dia minta saya jangan anggap dirinya sebagai Sam tapi Zidik (watak dalam filem tersebut)," ujarnya. Sumber: mStar
|
Boomibulat replied at 5-7-2021 08:46 PM
Sia2 tkoyak gusi utk filem sampah..
ADVERTISEMENT