Seorang jururawat terpaksa menjadi ‘buaian bergerak’ gara-gara pesakitnya yang masih kecil itu tidak berhenti menangis walaupun hampir semua staf gagal cuba untuk memujuknya. Menerusi video dimuat naik Syeera di akaun Tiktok, kelihatan rakannya sedang mendodoikan seorang bayi yang tidak berhenti menangis. Jururawat bernama Fida itu kelihatan bersungguh-sungguh bergerak ke kiri dan kanan bagi ‘menenangkan’ kanak-kanak itu. Bayi itu bagaimanapun berhenti menangis selang beberapa minit selepas didodoikan. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji tindakan jururawat berkenaan kerana masih bersabar memujuk si kecil itu. Malah, ada di antara mereka berseloroh mengatakan bahawa kanak-kanak berkenaan ingin mengajaknya bersenam. Sumber: OhBulan
|
Tinot7 replied at 5-7-2021 11:12 AM
Haha tomey dan gigih dia dodoikan baby tuh
Nana_Man replied at 5-7-2021 11:35 AM
Aah... mak2 pun lum tentu sanggup buat mcm gitu ngan anak sendiri. Sapa2 yg dpt nurse ni memang be ...
ADVERTISEMENT